Apakah cara terbaik untuk mempamerkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa temuduga?
- Mesra dan sentiasa tersenyum
Apakah cara terbaik mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga?
- Tegas dan suara yang kuat
Terangkan mengenai diri anda.
- Jangan ceritakan mengenai diri / kehidupan seharian anda
- Berikan ringkasan mengenai latar belakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan lalu adalah sangat membantu dengan permohonan pekerjaan anda.
Apakah kekuatan / kelebihan anda?
- Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.
Apakah kelemahan anda? Pilihan untuk menjawab soalan sebegini (jawapan yang negatif tetapi sebenarnya bagus atau positif)
- Saya kadang kala kurang sabar, tetapi ia membuatkan saya bekerja dengan lebih baik.
- Bila saya memulakan sesuatu projek atau tugasan baru, kadang kala saya lupa makan tengah hari.
- Disebabkan saya adalah seorang yang sukakan kesempurnaan, kadang kala ia sukar kerana saya rasakan orang lain tidak dapat memberikan yang terbaik seperti mana diri saya.
Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitan dengan pekerjaan anda itu.
- Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya.
- Yakinkan penemu duga bahawa tiada kelemahan yang tidak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut.
- Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurangan / kelemahan, anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu.
Mengapa syarikat ini perlu mengambil anda bekerja?
- Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti yang lain yang boleh anda lakukan.
0 Komentar untuk "Tips Temudga: Tunjukkan Diri Anda"