This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Tip melancong: Jerebu bukan halangan

Jerebu yang melanda beberapa negara di rantau ini bukan saja menyebabkan pemandangan indah kota raya semakin kabur tetapi juga mengundang pelbagai gejala kepada kesihatan. Tidak kira di mana pun anda bercuti, masalah jerebu boleh memberi masalah.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna aktiviti melancong perlu diketepikan kerana segala peranca­ngan, tiket penerbangan dan penginapan sudah ditempah. Justeru, tip melancong kali ini membantu anda yang akan bercuti ke destinasi idaman ketika berlaku jerebu.

Pilihan destinasi
Cuba cari destinasi percutian yang bebas daripada masalah jerebu. Bagi sesetengah anda yang belum melakukan pembayaran terutama untuk tempahan bilik hotel, pakej melancong dan sebagainya. Ia pastinya lebih mudah untuk menukar destinasi percutian. Tetapi bagi yang membuat pembayaran dan hanya perlu membawa diri, teruskanlah percutian anda.

Minta nasihat doktor
Sebelum berangkat ke destinasi percutian, dapatkanlah nasihat doktor me­ngenai masalah yang anda hadapi. Dengan meminta nasihat doktor, secara tidak langsung anda sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku atau boleh mengelaknya.

FotoBanyak minum air
Terasa gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk adalah salah satu gejala disebabkan jerebu. Keadaan ini akan menyebabkan anda tidak selesa, sekali gus membuatkan anda tidak gembira. Justeru, banyakkan minum air terutama air mineral atau air kosong supaya sepanjang bercuti terutama apabila anda ba­nyak menghabiskan masa di luar.

FotoMemakai topeng
Jika keadaan jerebu semakin teruk dan anda perlu untuk keluar, gunakanlah topeng penutup mulut yang bersesuaian untuk mengelak anda mendapat gejala jerebu. Keluar tanpa menggunakan topeng terutama ketika jerebu di tahap bahaya boleh menyebabkan mata terasa pedin dan berair, hidung berair dan kerap bersin serta banyak lagi.

FotoMembasuh muka dan bahagian kulit
Apabila terdedah kepada jerebu, sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit dengan air bersih. Ia perlu dilakukan bagi mengelak kulit anda terasa gatal.

FotoBawa ubatan
Dalam apa juga situasi, bekalan ubat-ubatan harus dibawa ke mana saja terutama ketika melancong. Sediakan ubat-ubatan asas seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sebagainya. Dengan meminta nasihat doktor, dia juga boleh memberikan ubat-ubatan yang bersesuaian dengan gejala yang akan dihadapi ketika jerebu.

Jadi, anda sudah bersedia dengan semua keadaan.

0 Komentar untuk "Tip melancong: Jerebu bukan halangan"
Back To Top