This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Sultan Muhammad V

Ikhlas memang aku cemburu dengan rakyat Kelantan, mempunyai seorang Sultan yang sungguh zuhud dan tawaduk semoga Allah memanjangkan Tuanku..

Seorang pemimpin yang baik akan melahirkan negeri yang aman dan dirahmati Allah. Semoga Tuanku dapat bergandingan dengan Tok Guru Nik Aziz dalam mendidik rakyat ke arah yang lebih baik walaupun berbagai rintangan yang telah dilalui oleh rakyat Kelantan seperti dinafikan hak royalti minyak.

Seperti mana yang kita sedia maklum, menjadi ketua agama merupakan suatu tugas yang sangat berat. Masya-Allah.. sangat berat. Aku sendiri dapat merasakan betapa susahnya menjadi ketua agama. Tetapi dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Sultan Kelantan menunjukkan baginda berusaha menjadi seorang ketua agama yang baik.

Bersama nukilan yang tak seberapa ni bukan untuk memuja atau mengagungkan seseorang cuma sekadar menunjukkan contoh dan teladan yang patut kita ikut dan amalkan.

Jika dilihat dalam konteks  sebagai seorang pemimpin, tidak semestinya terarah kepada seorang sultan atau perdana menteri atau presiden-presiden di negara luar. Dalam organisasi juga mesti ada ketua atau pemimpin. Contohnya, ketua jabatan, presiden persatuan atau kelab, ketua kelas,  dan paling penting menjadi ketua keluarga  yang sentiasa terarah kepada lelaki yang bergelar ayah atau suami.

Peranan pemimpin  amat besar kerana pemimpinlah yang membawa pengikut-pengikutnya atau ahli keluarga ke arah kebaikan atau kejahatan. Contoh  dan tauladan yang diberikan dan ditonjolkan  oleh seorang pemimpin mestilah membawa kita sebagai rakyat atau pengikut ke arah kebaikan sebagaimana yang dituntut dalam agama.

Kenapa sebelum ni aku ade katakan bahawa tugas pemimpin ni sangat berat?  Ini kerana tugas seorang pemimpin ini akan disoal di akhirat kelak. Di akhirat nanti masyaAllah... Jika memimpin dan menjadi contoh dengan baik insyaAllah tenang di akhirat kelak, jika sebaliknya? Wallahualam... Hanya Allah sahaja yang tahu.

Oleh itu kepada pemimpin-pemimpin di luar sana.  Marilah kita membawa perubahan yang baik untuk rakyat dan juga pengikut-pengikut kamu agar mereka yang menjadikan kamu sebagai ketua atau pemimpin akan berasa aman dan suka dengan cara kepimpinan kamu dan teladan yang kamu telah tunjukkan. Walaupun tugas  berat menanti tapi sebagai seorang pemimpin kita harus tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Ini kerana Allah sentiasa ada di sisi kita  apabila kita berada dalam kesulitan. Berdoalah supaya dalam usaha kita menjadi pemimpin yang baik  akan diberkati dan diredhai Allah S.W.T insyaAllah..

Berkaitan dengan gambar-gambar di atas merupakan suatu contoh yang baik untuk kita ikut dan teladani.

InsyaAllah sama-sama kita doakan supaya  Tuanku dapat mengekalkan keperibadian seperti ini dan  menjadi contoh yang baik kepada semua rakyat.. ALLAHUAKBAR~!!

Tag : Personaliti
0 Komentar untuk "Sultan Muhammad V"
Back To Top