This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Proton Saga SV

Proton Saga SV – Semalam saya ke Showroom Proton di Auto City Penang. Ini diatas ajakkan seorang rakan yang ingin membeli sebuah kereta iaitu kereta pertama. Antara kereta yang bakal di survey adalah Proton Saga SV dan juga Toyota Vios 1.5J spec. Disebabkan tidak jumpa showroom toyota maka kami hanya membuat survey di satu tempat sahaja iaitu Proton. Seperti yang saya kata tadi kami ingin melihat dan juga mendapat maklum balas mengenai bayaran bulanan iaitu monthly installment bagi Proton Saga SV.

Perlu diingatkan yang Proton Saga SV hanya dikeluarkan pada 1.3cc sahaja. Dan model ini dikeluarkan pada dua varian iaitu manual dan juga automatik berserta cat dari jenis solid dan juga metallic. Semua warna ada kalau tidak silap saya. Untuk tidak terkeliru, perlu saya ingatkan yang Proton Saga SV adalah dari jenis Proton Saga FLX. Ianya sama 100%. Tetapi apa yang berbeza antara SV dan juga FLX? Perbezaan yang terdapat pada Proton Saga SV adalah kekurangan “aksesori” sebanyak 9 items berbanding Proton Saga FLX. Jangan risau, bagi saya 9 items yang dikurangkan kepada Proton SV tidaklah begitu penting.

Proton Saga SV

Proton Saga SV

Proton Saga SV tetap mempunyai 4 power windows dan juga didatangkan dengan 2 airbag. Rasanya ianya sudah mencukupi. Dan kalau tidak siap saya “maaf tidak begitu ambil perhatian semasa sesi penerangan”, harga Proton  Saga SV ini telah dikurangkan sebanyak RM4000 dari model FLX oleh kerana dikurangkan 9 aksesori tadi.

Price List Monthly Installment Proton Saga SV

Ok, dibawah ini adalah senarai bayaran bulanan yang dikira bagi model Proton Saga SV manual dan juga automatik. Kedua dua kiraan adalah pada kereta cat jenis metallic dan juga apabila downpayment diberi pada kadar 10%. Kiraan dibuat untuk tempoh pembayaran selama 5-9 tahun. Anda boleh melihat berapakah bayaran bulanan yang harus dibayar jika anda mengambil pinjaman selama 5-9 tahun. Dan ambillah pinjaman sesuai dengan kemampuan masing masing.

Perlu diingatkan yang kiraan ini adalah mengikut kiraan cara biasa. Normal calculation. Bank standard

Price List Monthly Installment Proton Saga SV

Price List Monthly Installment Proton Saga SV

Pakej Promosi Proton Saga SV Serendah RM250 Sebulan

Ya, Proton juga melancarkan promosi bagi Proton Saga SV ini iaitu pakej bayaran bulanan serendah RM250 sebulan bagi membantu yang kurang berkemampuan untuk membayar bayaran bulanan kereta yang tinggi lagi lagi kepada pembeli yang baru sahaja memulakan karier kerja. Bagi saya ianya sebuah pakej yang menarik. Ialah siapa yang tidak mahu dengan pakej bayaran bulanan kereta serendah RM250 sebulan. Tetapi anda perlu ingat? Sampai bilakah RM250 terus kekal. Yang pasti RM250 adalah bukan tetap dan selamanya.

Lihat pembayaran bulanan Proton Saga SV melalui pakej RM250 sebulan ini dibawah. Sila tekan gambar dibawah untuk besarkan gambar.

Proton Saga SV RM250 Monthly Installments Promotion

Proton Saga SV RM250 Monthly Installments Promotion

Sejujurnya, bagi saya antara memilih pakej pembayaran secara biasa berbanding pakej promosi bulanan RM250, lebih baik anda memilih pakej pembayaran secara kaedah biasa. Ini kerana bayaran bulanan RM250 hanyalah untuk tahun pertama sahaja. Dan setiap tahu bayaran bulanan anda berubah dan terus naik dari tahun ketahun. Lihat gambar diatas untuk memahaminya. Interest yang dikenakan bagi pakej promosi juga tinggi malah jika anda sudah habis membayar setelah 9 tahun, anda sebenarnya membayar lebih berbanding dengan kaedah biasa. Jadi saya galakkan anda memilih pekej pembayaran secara biasa sahaja.

Secara amnya saya berpuas hati dengan Proton Saga SV ini. Harga dikurangkan dengan pengurangan aksesori sebanyak 9 benda. Dan kesembilan items yang dikurangkan tidaklah begitu penting sangat bagi saya. Yang penting engin sama seperti FLX, power windows kempat empat pintu dan yang lain semuanya sama sahaja. Kepada yang ingin membeli Proton Saga SV inilah masanya. Harga kurang maka bayaran installments pun kurang. Lebih jimat. Jom beli Proton Saga SV!

http://myrujukan.com

Tag : Permotoran
0 Komentar untuk "Proton Saga SV"
Back To Top