Kami mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam
Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun.Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
Dalam bulan Jun ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong oleh beberapa Kementerian/Jabatan. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 30 Jun 2013 (Ahad) jam 11.59 malam.
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA 29
- (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)
- - 300 Kekosongan
2. Pembantu Ehwal Islam Gred S17
- (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
- - 100 kekosongan
3. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
- (Kementerian Kesihatan Malaysia)
- - 37 kekosongan
4. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17
- (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia)
- - 17 kekosongan
5. Pembantu Penerbitan Gred N17
- (Jabatan Penerangan Malaysia)
- - 30 kekosongan
6. Pegawai Bomba Gred KB17
- (Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia)
- - 103 kekosongan
Maklumat mengenai syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui
0 Komentar untuk "PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM"