This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

KTMB henti lapan perkhidmatan

KTMB henti lapan

KTMB menamatkan lapan perkhidmatan kereta api mulai 1 Julai ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberhentikan lapan perkhidmatannya termasuk empat perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Butterworth dan sebaliknya iaitu melibatkan perkhidmatan Ekspres Sinaran Utara dan Senandung Mutiara mulai 1 Julai ini.

KTMB dalam kenyataan di sini semalam berkata, dua perkhidmatan antara Tumpat dan Woodlands CIQ di Singapura iaitu Ekspres Sinaran Timur dan dua perkhidmatan antara Gemas dan Woodlands CIQ iaitu Shuttle Tebrau turut diberhentikan.

Katanya, penstrukturan semula perkhidmatan kereta api KTMB itu dibuat selepas mengambil kira keperluan kerja baik pulih dan menaik taraf koc sedia ada serta perkembangan projek landasan berkembar yang sedang berjalan termasuk aspek permintaan penumpang.

"Dengan penstrukturan semula jadual waktu itu, perkhidmatan kereta api antara bandar diharapkan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan," menurut kenyataan itu.

0 Komentar untuk "KTMB henti lapan perkhidmatan"
Back To Top