Walaupun minatnya terhadap bidang nyanyian tidak pernah luntur, memikirkan jaminan masa depan untuk keluarga membuatkan Bienda berusaha gigih merealisasikan impian untuk bergelar ahli perniagaan pula.
Apatah lagi, berbekalkan pengalaman berniaga tudung rekaannya sepanjang Ramadan di Bazar Larut Malam Cheras selama beberapa tahun ini, Bienda akui dia cukup seronok berniaga.
Justeru, memandangkan kini dia memiliki modal serta rakan kongsi untuk bersama-samanya menguruskan perniagaan dipilih itu, maka Bienda melakukan majlis pelancarannya di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Memilih perniagaan e Kek Cawan dan Butik Kafe yang akan diusahakan bersama chef selebriti, Chef Yang Jamil, anak kepada penyanyi dangdut Sheeda ini mengakui amat bersyukur kerana impiannya terlaksana.
BIENDA dan Chef Yang bekerjasama menjalankan perniagaan e Kek Cawan dan Butik Kafe.
Bienda atau nama sebenarnya, Nor Razlinda Razli berkata, dia sebenarnya sudah lama mempunyai perancangan untuk membuka perniagaan kedai tudung sendiri yang menjual semua rekaan hijab dihasilkannya sendiri.
0 Komentar untuk "Bienda Berwawasan"