LADANG ANGGOR di usahakan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH , merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini mempunyai dua ladang anggur iaitu di pinggir kawasan Empangan Beris yang mempunyai keluasan 4 ekar dengan jumlah tanaman anggor sebanyak 1000 pokok dan di Sungai Senam dengan keluasan 30 ekar dengan jumlah tanaman sebanyak 7000 pokok.
Objektif utama mengusahakan ladang anggur ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan supaya badan korporat menceburi bidang pertanian. Fokus utama adalah menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu destinasi pelancongan iaitu dalam sektor agrotourism. Wujudnya tanaman anggur di daerah Sik membukti anggur bukan sahaja boleh ditanam pada iklim sejuk tetapi cuaca yang panas, juga sesuai ditanam.
Dengan adanya ladang anggur di daerah ini dapat membantu dan menggalakkan proses pembelajaran dalam bidang tanaman yang baru yang mana setiap hari menerima kunjungan daripada badan kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah yang berminat mengetahui cara-cara penanaman anggur. Anggur ditanam menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.
Untuk mengeluarkan hasil yang baik tanaman anggur ini mengambil masa 10 hingga 12 bulan untuk matang. Black Grape, White Malaga dan Losu Plite antara jenis yang ditanam untuk pasaran tempatan.
Gerai jualan hasil dibuka dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang atau hubungi
- BERIS LAKE VINEYARD (LADANG ANGGUR TASIK BERIS)
Lot 264, Kampung Ternas, 08200 Sik,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-4620466, H/P: 019-5667908,
Email : Excel agro @ yahoo.com.
Pernah dengar tentang Ladang Anggur di Tasik Beris? Lokasi tempat ni terletak di Sik, Kedah Darul Aman. Pada mulanya Ayri sangka kawasan Sik ni tiada tempat yang menarik untuk dilawati disebabkan kedudukannya agak jauh dari bandar besar. Pernah juga ke Baling untuk mandi kolam air panas, semasa dalam perjalanan ke sana akan melalui Sik terlebih dahulu.
Terungkai sudah bahawa terdapat satu kawasan pertanian yang mengusahakan tanaman anggur di kawasan Tasik Beris, daerah Sik. Dengan kemajuan teknologi pertanian yang ada, tak mustahil negara Malaysia yang dua musim pun boleh menanam anggur. Lagipun kawasan ni masih segar dan tidak tercemar dengan masalah persekitaran.
Ladang Anggur Tasik Beris
Gambar di atas ni sebagai intro. Pemandangan dia memang terbaik. Apa macam? Menarik tak
Sedikit sebanyak pasal Ladang Anggur di Tasik Beris ni. Jika di kira perjalanan dari pekan Sik menuju ke tempat ini mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk sampai dengan kereta. Tak jauh sangat pun, keadaan jalan juga baik dan tiada masalah untuk tiba dengan selamat.
Ladang Anggur Tasik Beris 2
Ni gambar yang di ambil dari atas jalan. Nampak tak ada kereta disitu? Itulah tempat parking kereta untuk staff dan pengunjung yang datang.
Kita zoom lagi eaaa….
Ladang Anggur Tasik Beris 3
Hiasan dan kreativiti dihadapan ladang anggur ni pun sudah dapat memberikan ketenangan dan kedamaian dari alam sekitar. Udara yang segar di sini juga menenangkan minda dan pasti juga dinikmati pengunjung lain yang hadir
Ladang Anggur Tasik Beris 4
Ladang Anggur Tasik Beris 5
Ladang Anggur Tasik Beris 6
Terdapat sebuah kantin disini dengan dindingnya diperbuat daripada kaca lutsinar. Apabila berada didalamnya masih dapat menikmati pemandangan sekeliling dengan sepuasnya, sambil menikmati hidangan.
Ladang Anggur Tasik Beris 7
Antara pemandangan hijau dan alam sekitar yang menyejukkan mata dan menenangkan jiwa bagi mereka yang telah berkunjung disini…
Ladang Anggur Tasik Beris 8
Ladang Anggur Tasik Beris 9
Ladang Anggur Tasik Beris 10
Ladang Anggur Tasik Beris 11
Ladang Anggur Tasik Beris 12
Ladang Anggur Tasik Beris 13
Ladang Anggur Tasik Beris 14
Ladang Anggur Tasik Beris 15
Itu adalah antara pemandangan indah di sekeliling ladang anggur ini yang sempat di gambarkan, sementara pemandangan di dalam kawasan ladang anggur pula menyusur dibawah…
Ladang Anggur Tasik Beris 16
Dalam ladang anggur ini terdapat kolam ikan dimana banyak ikan yang di ternak didalamnya. Memang berasa betul-betul berada di kawasan mesra alam sekitar pada waktu ni. Seterusnya adalah ruang berjalan keliling ladang anggur ini.
Ladang Anggur Tasik Beris 17
Ladang Anggur Tasik Beris 18
Seterusnya saksikan sendiri buah anggur Malaysia. Dan pada sesiapa yang belum pernah melihat apa itu pokok anggur dapat melihatnya disini. Tiket dibeli terlebih dahulu sebelum memasuki ke dalam ladang anggur ini.
Ladang Anggur Tasik Beris 19
Ladang Anggur Tasik Beris 20
Ladang Anggur Tasik Beris 21
Ladang Anggur Tasik Beris 22
Ladang Anggur Tasik Beris 23
Lagi panjang tangkai yang terisi anggur ni maka lagi bermutulah gred buah anggur tersebut di kira.
Apa macam? Best tak tempat nih? Hehe… Kalau korang lalu area-area nak dekat dekat dengan Sik nih jangan lupa singgah pula. Rugi ooOOooOoo kalau dah dekat sini tapi tak singgah pula, bukan setakat dapat rasa anggur yang fresh, pemandangan sekeliling disini juga sangat menarik.
Ladang Anggur Tasik Beris 24
Ladang Anggur Tasik Beris 25
Ladang Anggur Tasik Beris 26
Dari cakap-cakap orang mengatakan Tasik Beris ini merupakan sebuah kawasan perkampungan pada masa dahulu. Disebabkan tanah di kawasan sini agak rendah berbanding kawasan di sekitarnya, kerajaan telah mengambil tanah kawasan ini dan menjadikannya kawasan tadahan air lalu menjadi tasik. Penduduk asal Tasik Beris pula dipindahkan ke tempat lain dan diberi pampasan oleh kerajaan pada masa itu. Kesahihan cerita tersebut tak dapat disahkan, cuma dengar-dengar macam tu je la.
Kawasan ini dibangunkan sebagai kawasan pertanian. Sebuah jambatan turut dibina untuk melintas Tasik beris dan jalan tersebut boleh terus menghala ke Kuala Nerang iaitu kawasan ter Utara di Kedah.
Ladang Anggur Tasik Beris 27
Ladang Anggur Tasik Beris 28
Ladang Anggur Tasik Beris 29
Ladang Anggur Tasik Beris 30
0 Komentar untuk "BERIS LAKE VINEYARD"