Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) dan dipimpin oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, telah menunjukkan prestasi kewangan yang cermerlang. Rezab kewangan kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) adalah tinggal RM400 juta pada 2008. Akan tetapi dalam jangka masa yang pendek sahaja, rezab ini telah bertambah berkali-ganda sehingga RM2.5 bilion tahun ini!
Sila "LIKE" dan "SHARE"!
Pencapaian ini bukannya disebabkan wang kerajaan tidak dibelanjakan seperti yang selalu dituduh oleh pembangkang Barisan Nasional. Malah, perbelanjaan kerajaan telah meningkat dari RM1.1 bilion pada 2008 ke RM1.6 bilion tahun ini.
Penjimatan ini telah dicapai walaupun kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah memberikan pelbagai bayaran kebajikan kepada rakyat Selangor yang tidak pernah diperuntukkan oleh Barisan Nasional. Antara perbelanjaan yang besar adalah 20m3 air percuma untuk setiap keluarga yang memakan perbelanjaan sebanyak RM650 juta sejak dasar ini dilaksanakan. Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Cina dan Tamil juga mendapat bantuan kerajaan negeri berpuluh-puluh juta, walaupun ia merupakan tanggungjawab kerajaan pusat BN.
Pencapaian kerajaan Selangor meningkatkan rizab dan meningkatkan perbelanjaan yang mendahulukan kepentingan rakyat hanya tercapai melalui sebuah pentadbiran yang bersih dan beramanah. Ia juga membuktikan kecekapan pemimpin PR dalam pengurusan dan pentadbiran ekonomi dan kewangan.
Mahukah rakyat Selangor memberikan rizab yang terkumpul ini kepada BN pada pilihanraya yang akan datang? Wang rakyat yang lama dijimatkan ini akan menjadi sia-sia jika diperintah sekali lagi oleh UMNO/BN.
0 Komentar untuk "Siapa Anda Pilih"