This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Promosi Kraf Malaysia 2013

KUALA KANGSAR, 14 Mei 2013 Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Perak, menganjurkan Program Promosi Kraf Malaysia 2013 pada 25 April hingga 3 Mei yang lalu, bermula dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam, bertempat di Taiping Sentral Mall, Taiping, Perak. Program ini melibatkan penyertaan seramai 30 usahawan kraf dari negeri Perak, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Promosi ini diadakan bertujuan menggalakkan masyarakat sekitar Taiping membeli, memakai dan menggunakan produk kraf buatan tempatan sebagai satu gaya hidup dan bagi menyemarakkan kembali semangat cintakan seni warisan kraf tempatan di kalangan masyarakat terutamanya generasi muda.

Pelbagai aktiviti menarik disusun sepanjang program ini bagi memastikan setiap pengunjung yang datang dapat membeli dan melihat sendiri keunikan dan kepelbagaian produk kraf yang ada di Malaysia di samping menyertai pelbagai aktiviti Interaktif Mewarnai Batik, Demonstrasi Pembuatan Tembikar Tradisional dan acara sampingan terdiri daripada Pertandingan Nyanyian Bakat Kraf, Pertandingan Dam Haji dan Pertandingan Mencari Isteri Si Musang Berjanggut serta acara istimewa Persembahan Kebudayaan 1Malaysia (Melayu, China dan India), turut diadakan Balingan Dadu Bertuah untuk pengunjung yang membuat pembelian produk kraf sepanjang promosi ini.

 

 

Tag : Promosi
0 Komentar untuk "Promosi Kraf Malaysia 2013"
Back To Top