As-Salam. Ramai blogger Malaysia sependapat bahawa pembaca adalah elemen paling penting dalam menentukan tahap kejayaan blog. Bukan nilai trafik, bukan nilai pengikut (follower), bukan juga kedudukan ranking. Ini adalah kerana pembaca bloglah yang akan menentukan nilai-nilai lain itu.
Sukar untuk mendapatkan pembaca setia bagi blog. Jika blog tidak ada kandungan yang memikat dan original, maka sampai ke sudah blog anda akan berada pada tahap ia mula diwujudkan. Pengunjung boleh didapati dan ditarik dengan mudah, tapi menjadikan pengunjung itu terus jatuh cinta dan menjadi pengunjung setia saban waktu adalah payah.
Apakah teknik yang mujarab untuk menukar mereka yang petama, kedua kali mengunjungi blog anda supaya kekal, dan seterusnya memikat mereka menjadi pembaca blog anda? Saya sendiri hadapi kesukaran untuk mendapatkan pembaca setia. Ramai yang singgah hari ini, esok lusa tak datang dah ... kalau ikutkan peratus, 60-70 peratus pengunjung pertama kali hanya singgah kerana mahu melihat dan membaca sepintas lalu entri tertentu sahaja.
Namun, saya ada juga pengalaman di mana berjaya juga menyeru pengunjung pertama kali ini menjadi pembaca harian blog ini. Anda boleh mencuba teknik ini, tetapi saya tak jamin ehh ... cuba je, tak salah mencuba, mana tahu menjadi.
3 Rahsia Menyeru Pengunjung Jadi Pembaca
- Buat entri berjujukan atau bersiri. Untuk teknik ini, anda kena pastikan bahawa cerita telah tersedia, dan anda sudah tahu mahu cerita mengenai atau tentang apa. Entri berjujukan ini adalah entri berkait, anda akan terbitkan sesuatu cerita secara berperingkat. Contoh paling mudah ialah entri pengembaraan atau pelancongan. Kadangkala, anda tak dapat nak ceritakan semua dalam satu entri, maka dengan buat entri bersiri ini, setiap entri akan ada sambungannya. Ramai blogger yang buat entri sebegini, contohnya Fatin Liyana, Denaihati, Fatin Suhana, Ben Ashaari, Mak Dara dan ramailah ... dan mereka telah berjaya menyeru pengunjung untuk tahu kesudahan cerita - yang menjadikan mereka pembaca untuk kisah entri tersebut.
- Rahsia kedua untuk menyeru pengunjung jadi pembaca ialah dengan mengadakan segmen, kontes atau giveaway yang memerlukan pengunjung mencari 'jawapan' dalam blog anda. Dengan cara ini, anda secara tidak langsung 'memaksa' mereka yang sertai apa jua benda yang anda anjurkan untuk gelidah entri-entri dalam blog. Dan, jika bernasib baik, mereka mungkin akan terpikat dengan entri-entri lain yang terkandung dalam blog ini dalam pencarian tersebut.
- Rahsia ketiga ialah menulis entri mengenai sesuatu yang pengunjung mahukan. Cara ini memerlukan anda membuat sedikit kajian semasa. Anda perlu memerhatikan trend yang terdapat dalam forum, dalam Facebook, dalam dunia blogger Malaysia untuk mencari topik yang hangat. Buat sedikit kelainan untuk menjadikan entri anda unik. Contohnya, semasa Pilihanraya Umum 13 baru-baru ini; di sebalik entri mengenai pilihanraya, anda boleh bercerita mengenai pengalaman anda dalam pilihanraya lepas, atau memberikan pendapat am mengenai proses pilihanraya. Tak perlu terikut dengan cerita oleh blogger lain, kerana pengunjung akan mudah menjangka apa yang akan diceritakan. Teknik ini memerlukan anda untuk buat entri bermusim di mana dalam seminggu itu paling tidak mesti ada 3-5 entri mengenai perkara yang sama, contohnya tadi Pilihanraya Umum tetapi seperti saya katakan tadi, cuba sedikit kelainan dari entri biasa dengan kata kunci tersebut.
Itulah sedikit perkongsian kepada anda yang mungkin mahu mencari pembaca setia untuk blog. Rahsia menyeru pengunjung jadi pembaca ini sebenarnya bergantung dengan niche atau tema blog anda. Jika tema itu sesuai, in Sha Allah, mereka berkunjung pertama kali takkan lari ke mana. Mungkin tak datang hari-hari, tetapi dalam seminggu pasti 2-3 singgahan akan ada dari mereka ini.
0 Komentar untuk "Menyeru Pengunjung"