Gaya rambut bukan sahaja untuk wanita di luar sana sahaja, bahkan jika dilihat sekarang ramai lelaki telah mempunyai gaya rambut tersendiri. Bukan pandai sahaja bergaya dengan busana atau pakaian, malah rambut juga perlu digayakan.
Jika dilihat dari segi trend masa kini, pelbagai jenis gaya rambut direka. Tetapi haruslah diselaraskan dengan rupa bentuk muka dan warna kulit agar kelihatan lebih kacak dan tampan. Maka dengan itu, fesyen dalam pengayaan rambut harus di ambil kira oleh lelaki yang ingin menyerlahkan lagi personaliti dan keyakinan diri.
Pengayaan rambut juga telah menjadi fesyen dan ikutan dari zaman ke zaman, sebagai contoh gaya rambut pompadour yang digayakan oleh Elvis Presley dan juga gaya rambut afro yang sememangnya popular dengan keunikannya. Kali ini saya akan kongsikan lima jenis gaya rambut yang sering menjadi ikutan ramai.
5 Gaya Rambut Lelaki Untuk Menjadi Tampan
- Spiky atau Pacak
Lebih dikenali sebagai gaya rambut pacak seperti gaya Mohawk, Porcupine, Harajaku, Emo mahupun Punk. Ia amat mudah digayakan dan buat anda kelihatan lebih ranggi dan bertenaga.
- Sleek
Satu gaya yang amat kemas. Para peragawan sentiasa tampil dengan gaya begini. Sememangnya gaya rambut yang klasik.
- Brit Rock
Bagi si jejaka yang berimej indie lebih terserlah dengan gaya rambut ini yang sememangnya ranggi. Rambut hadapan didandan seperti fringe dan berikan sedikit suntikan gaya messy.
- Pompadour atau Quiff
Terkenal dengan gaya jambul di hadapan memberikan gaya yang lebih yakin, retro, stylo dan menampakkan anda lebih bercitarasa tinggi. Perlu di ingat jambul itu jangan terlalu panjang kerana ia akan membuatkan kelihatan pelik.
- Beralun semulajadi
Gaya ini sememangnya membuatkan anda lebih bersahaja dan penuh daya tarikan kerana rambut yang dibiarkan panjang dan tidak terlalu mengerbang sememangnya amat popular. Biarkan rambut anda beralun di tiup angin dan berjalanlah dengan penuh bergaya!
Begitulah di antara gaya rambut yang mampu mengubahkan rupa paras lelaki agar kelihatan lebih tampan dan kacak. Semoga dengan perkongsian pada kali ini, mampu memberi sedikit inspirasi buat si jejaka di luar sana untuk memilih gaya rambut yang bersesuaian.
0 Komentar untuk "Gaya Rambut Lelaki Untuk Tampil Lebih Kacak"