This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Tengku Adnan bin Tengku Mansor

YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor telah dilahirkan di Melaka pada 20 Disember 1950. Kini berusia 61 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini dan pasangan ini telah dikurniakan sepuluh orang anak. Bekas Menteri Pelancongan Malaysia ini memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara dan University of South California, Amerika Syarikat.

Ahli Parlimen Putrajaya ini gemar membaca novel-novel fiksyen sains karya Isaac Asimov serta menonton filem-filem komedi terutamanya lakonan dan arahan Tan Sri P. Ramlee. Beliau menyifatkan filem Ali Baba Bujang Lapok sebagai filem terbaik yang pernah beliau tonton. Jika berpeluang bercuti selama sebulan, YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor memilih untuk berehat di rumah pantai milik beliau kerana beliau amat suka kepada suasana di tepi laut.

YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor aktif bergiat dalam media sosial. Beliau kerap mengemaskini akaun-akaun Facebook dan Twitter beliau terutamanya untuk menyampaikan berita atau maklumat kepada umum. Dalam memilih telefon pintar pula, beliau lebih menyukai iPhone kerana ianya lebih mudah digunakan.

Tag : PRU-13
0 Komentar untuk "Tengku Adnan bin Tengku Mansor"
Back To Top