This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

SPR kesan parti tertentu cuba cetus ketegangan

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan beberapa rancangan jahat oleh parti politik tertentu bagi mengganggu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, termasuk sengaja mencetuskan ketegangan dengan pegawai SPR.

Parti itu akan menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bertumpu di kawasan panas beberapa negeri tertentu bagi menangguhkan pilihan raya di kawasan yang sukar mereka menangi.

Kumpulan ini akan mempertikaikan kertas undi yang diberikan pegawai SPR nanti. Mereka merancang tidak akan menerima kertas undi yang berikan secara turutan, sebaliknya meminta kertas undi lain. Jika tidak diberikan mereka akan menimbulkan suasana tegang di situ,” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mereka juga akan menimbulkan kekecohan mengenai penggunaan dakwat kekal dan mengeksploitasi pengundi tua di kampung.
Beliau berkata, SPR mendapat maklumat mengenainya beberapa bulan lalu dan sudah mengadakan perbincangan dengan polis dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Tindakan berniat malukan SPR

“Kumpulan ini akan mempertikaikan kertas undi yang diberikan pegawai SPR nanti. Mereka merancang tidak akan menerima kertas undi yang berikan secara turutan, sebaliknya meminta kertas undi lain. Jika tidak diberikan mereka akan menimbulkan suasana tegang di situ,” katanya kepada BH semalam.

Wan Ahmad berkata, ia juga bertujuan memalukan serta memburukkan imej SPR dan negara ketika pemerhati pilihan raya luar negara memantau proses pilihan raya di negara ini.

Sehubungan itu, SPR akan melipatgandakan usaha menyampaikan maklumat tepat kepada pengundi, terutama di luar bandar melalui media massa dengan menggunakan bahasa atau dialek tempatan.

Mengenai tindakan SPR menangani penyebaran maklumat palsu termasuk keputusan pilihan raya yang dijangka akan menjadi satu strategi parti politik tertentu, beliau berkata: “SPR akan membuka satu portal berita PRU-13 untuk menyalurkan maklumat sahih dan tepat kepada semua,” katanya.

Tag : PRU-13
0 Komentar untuk "SPR kesan parti tertentu cuba cetus ketegangan"
Back To Top