Lester Thurow dalam bukunya, “ HEAD to HEAD’ ada mengatakan, “ In the spring of 1991 British prime minister Margaret Thatcher lost her job. She had not lost an election. It was not obvious that she would. She lost her job because she insisted on palying the old twentieth-century economic game. She simply would not recognize that the world had changed and that she would have to change with it. She would not play the twenty-first century’s economic game”
Itu kata Lester Thurow. Jikalau mengikut fahaman aku pula ialaha Margaret Thatcher kalah dalam pilihanraya di Great Britain kerana dia tak ikut zaman. Ketinggalan zaman. Berfikir cara lama, sedangkan dunia sudah berubah. Orang lain dah mula berfikir cara Kurun ke 21, sedangkan dia masih merangkak cara berfikir Kurun ke 20.
Sekiranya kalah BN dalam pilihanraya akan datang maka sebab kekalahannya adalah lebih kurang sama dengan apa yang dialami oleh Margaret Thatcher itu. Berfikir cara lama. Kalaupun DS Mohd Najib sudah mula berfikir mengikut rentak baru – rentak Kurun ke 21 – tetapi masih ramai pengikutnya masih mengikut cara lama. Selesa denga cara lama. Syok sendiri!
Bayangkanlah masih ada terdapat wakil rakyat Barisan Nasional, khususnya UMNO yang tidak tahu menggunakan komputer. Tidak tahu bagaimana nak akses ke internet. Tak tahu apa dia E-mail. Tak tahu Facebook. Twitter. Nak memetik keybord pun terketar-ketar tangannya. Bagaimana boleh mereka berkomunikasi dalam dunia maya yang sedang berkembang dengan amat pantas ini.
Rakyat tidak boleh memaafkan sekiranya ada wakil rakyat mereka yang buta komputer. Mintalah simpati sebanyak manapun dengan kata-kata “ aku dari generasi lama…tak tahu menggunakan komputer’ rakyat tidak akan dapat memberikan simpati. Mereka seharusnya belajar menggunakannya. Era komputer di Malaysia mula dikenali pada tahun-tahun 1980an. Ini bermakna negara ini adalah antara negara terawal di dunia yang sudah mula berjinak dengan teknologi komputer. Sudah 30 tahun. Tetapi malangnya rakyatnya yang memiliki ‘ Third World mentality” masih berada di takuk lama. Tidak mahu belajar cara baru. Terutama pemimpinnya. Bukanlah semua……
Masih ramai yang menganggap bahawa rakyat di negara ini masih bodoh, tongong, tengin ( loghat Perak). Mereka masih mengatakan bahawa orang kampung adalah golongan yang boleh ditipu, boleh ‘digula-gula’. Mereka silap. Sebenarnya mereka yang bodoh, silap, tongong. Mereka sebenarnya yang tidak mengikuti perkembangan. Macam Margaret Thatcher juga!. Sebenarnya orang kampung sudah pandai, peka dengan keaadaan sekeliling. Bukan lagi tengin seperti mana pada zaman tahun-tahun 50an dulu. Aku tahu perkara ini sebab aku selalu berhubung dengan kawan-kawan lama di kampung. Melalui E-mail, Twitter, Facebook……….. Jangan main !
Yang kelakar pada fikiran aku ialah masih ada pemimpin yang bercakap dengan orang di kampung sepertimana pemimpin zaman Tunku Abdul Rahman bercakap dengan orang kampung.
· Cuba tengok disekeliling kita. Ada jalan raya. Dulu takda. Tengok…berapa buah sekolah dah kita bina. Ada sekolah menengah, sekolah teknik, sekolah pertanian. Lepas itu kita bina klinik. Tak susah lagi nak panggil Wan Gebor ( bidan kampung) untuk sesiapa yang nak bersalin. Ada bidan kerajaan.
· Bayangkan begitu banyak jasa dan sumbangan kerajaan pada kawasan ini. Kerajaan BN lah yang dapat melakukan semua perkara ini.
Pemimpin yang tengin ini merasakan bahawa kenyataan sedemikian dapat meyakinkan rakyat. Dia lupa bahawa rakyat sudah pandai berfikir bahawa jikalau kerajaan manapun yang memerintah, kerajaan berkenaan akan melakukannya. Rakyat tahu bahawa yang membina segala infrastruktur bukanlah wang UMNO atau BN. Wang kerajaan. Hasil kutipan cukai dari rakyat. Orang kampung sudah tahu. Mereka sudah cerdik. Bukan lagi bangang atau tengin.
Malah mereka tahu bahawa ramai wakil rakyat mereka yang rasuah. Bukanlah semua. Mereka tahu bahawa harga sebuah masjid di kampung mereka itu bukan berharga 1.2 juta. Mungkin dalam lingkungan RM 400 ribu sahaja.Mereka tahu jalanraya dikampung mereka tidak dibina mengikut spesifikasi. Mereka lihat bagaimana pemimpin-pemimpin kecil di kampung mereka mampu memiliki sebuah kereta import dan bebrapa buah kereta Proton. Dan entah berapa buah biji motosikal yang dimiliki oleh anak-anaknya. Mereka lihat. Mereka bukan bodoh atau tengin.
Mereka tahu. Mereka dengar pula berbagai cerita rasuah dan penyelewengan yang berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin besar di peringkat nasional.
· Mereka diberitahu oleh anak-anak mereka dan berbagai-bagai sumber lain tentang kisah rasuah dan komission yang melibatkan pemimpin-pemimpin besar.
· Mereka tahu sebab-sebab mengapa mereka terpaksa membayar harga letrik yang mahal.
· Mereka hairan mengapa harga minyak tidak boleh diturunkan sedangkan negara Malaysia adalah pengeluar minyak.
· Mereka hairan mengapa harga barang terus menerus naik dari sehari ke sehari.
Kerajaan terus menerus menjelaskan keadaan kepada rakyat menerusi TV saluran kerajaan. Malangnya rakyat sudah tidak berminat untuk menonton TV saluran kerajaan. Mereka memilih saluran swasta yang sarat dengan hiburan. Mereka lebih suka melihat Drama swasta. Mereka tidak ada selera untuk mengikuti berita yang disiarkan oleh saluran kerajaan. Mereka tahu bahawa berita yang disiarkan itu diputarbelitkan. Berita yang betul dan sahih tidak dipaparkan dengan secara betul dan tepat.
Orang kampung sudah bosan menonton berita yang berkaitan dengan seks. Orang kampung mempunyai nilai dan akal budi yang tinggi yang melihat paparan sebegini sebagai merendahkan martabat mereka yang menontonnya. Lantas mereka menghindarkan dari menonton perkara-perkara sedemikian.
Cuma kesimpulan yang dapat aku katakan ialah “ rakyat dah meluat’
0 Komentar untuk "RAKYAT TAK MAHU CALON 'PURBA'"