This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL

Selaras dengan keputusan Dewan Rakyat meluluskan syor-syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada 19 April 2012 yang lalu, SPR telah mendapatkan sampel dakwat kekal yang pernah diguna pakai oleh negara lain untuk diuji oleh Jabatan Kimia. Hasil ujian tersebut telah dibawa untuk pertimbangan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan kandungan dakwat kekal tersebut tidak memberikan kemudaratan kepada pengundi-pengundi yang beragama Islam. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 Januari 2012 telah memutuskan bahawa penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya adalah diharuskan. Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia telah merumuskan bahawa bahan yang digunakan dalam dakwat kekal tidak memudaratkan kesihatan.Tujuan diperkenalkan penggunaan dakwat kekal adalah bagi menangani persepsi bahawa terdapat pengundi yang mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan yang berlainan. Dengan tanda yang kekal pada jari, ia menandakan beliau telahpun diberikan kertas undi dan hanya boleh mengundi sekali sahaja. Dakwat tersebut juga disediakan dalam dua warna yang berbeza bagi membezakan pengundi yang mengundi awal dan yang mengundi pada hari pengundian biasa. Dakwat kekal akan dicalitkan di atas permukaan atas jari telunjuk kiri pengundi sehingga meliputi kuku dan ke bawah. Sekiranya tiada jari telunjuk, dakwat akan dicalitkan di atas  mana-mana jari tangan kiri. Sekiranya tiada tangan kiri, dakwat akan dicalit pada mana-mana jari tangan kanan. Sekiranya pengundi tiada tangan, maka dakwat kekal akan dicalitkan pada lengan pengundi di bahagian yang mudah dilihat.Adalah diharapkan penggunaan dakwat kekal ini dapat menambah keyakinan orang ramai terutamanya masyarakat pengundi terhadap ketelusan proses pengundian.

Tag : Info PRU
0 Komentar untuk "PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL"
Back To Top