This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Kerajaan Sementara Tadbir Negara - Parlimen Dibubar 2013

Bubar parlimen 3 April 2013 | Selepas pembubaran Parlimen, Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara yang mentadbir urusan negara.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dibubarkan hari ini, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kerajaan sementara bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini.
Katanya, amalan yang diterimapakai daripada sistem pentadbiran British itu telah diamalkan sejak merdeka lagi dan ia berjaya memberi kesan positif kepada negara.
"Kerajaan sedia ada akan terus berkhidmat. Kabinet masih mentadbir negara, yang tidak akan menjejaskan pentadbiran negara, dari segi ekonomi dan politik. Semua menteri masih menjalankan tugas sebagai menteri," katanya kepada BERNAMA. 
Bagaimanapun, katanya, kuasa kerajaan sementara adalah terhad apabila ia hanya membabitkan tugasan harian saja tanpa membabitkan sebarang pembentukan dasar atau polisi baru berikutan pembubaran Parlimen akan membabitkan pembubaran Dewan Rakyat.
"Fungsi untuk mentadbir negara masih sama, tetapi tidak sebagai ahli Dewan Rakyat apabila fungsi di dalam Parlimen tidak ada lagi, dan perundangan tidak boleh dibuat," katanya.
Wan Junaidi berkata, Ketua Setiausaha Negara selaku ketua pelaksana dasar akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai pegawai tertinggi perkhidmatan awam tanpa kuasa tambahan kerana demokrasi Parlimen hanya memberi kuasa itu kepada Badan Eksekutif saja.
Beliau berkata, istilah kerajaan sementara tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ia adalah kelaziman yang dilakukan di negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen.
Tag : Politik, PRU-13
0 Komentar untuk "Kerajaan Sementara Tadbir Negara - Parlimen Dibubar 2013"
Back To Top