This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Kerajaan interim berhak guna alat-alat kerajaan

Inikah kerajaan yang anda inginkan?

KUALA LUMPUR - Kerajaan interim berhak meng gunakan alat-alat kerajaan selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon dan tempoh ber kempen barulah alat-alat kerajaan tidak boleh digunakan bagi tujuan parti.

“Penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan pentadbiran dan fungsi eksekutif tetap seperti biasa. Hanya untuk tujuan berkempen alatan kerajaan tidak boleh diguna,” katanya ketika ditanya dakwaan kemudahan Jabatan Penerangan digunakan Barisan Nasional untuk berkempen.

Rais berkata demikian selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India bersama golongan penghibur jalanan dan anggota persatuan Karyawan di sini hari ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa jabatan dan agensi ke rajaan masih boleh berfungsi seperti biasa mengikut Perkara 38 dan 43 Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai Majlis Raja-raja dan Akta Fungsi Menteri walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan.

“Sekarang kita dalam suasana, lingkungan dan ruang tugas kerajaan sementara, kerajaan masih wujud, semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan juga seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, kecuali selepas penamaan calon, kerana pada masa itu semua agensi dan jabatan kerajaan tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua program melibatkan parti politik

0 Komentar untuk "Kerajaan interim berhak guna alat-alat kerajaan"
Back To Top