This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

DAP boleh guna simbol sendiri semasa PRU-13

PUTRAJAYA 16 April - Siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada tahun lalu masih berjalan.

Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abd. Rahman Othman berkata, pihaknya masih meneruskan proses memanggil ahli-ahli DAP untuk membantu siasatan berhubung pemilihan yang berlangsung pada 15 Disember lalu.

Menurutnya, dakwaan kononnya DAP mungkin tidak boleh menggunakan simbol sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan perlu mengadakan pemilihan semula CEC atau berhadapan dengan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya, adalah andaian semata-mata.

Menurutnya, kebanyakan ahli parti itu juga sedang sibuk kerana terlibat dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 dan situasi itu menyebabkan siasatan mengalami kelewatan.

''Masih jauh lagi sebelum ROS membuat keputusan, jadi saya minta semua pihak beri peluang kepada ROS siapkan siasatan terlebih dahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Minggu lalu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mengesahkan dua ahlinya telah menerima surat daripada ROS untuk membantu siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan CEC.

Dua individu berkenaan ialah Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong dan ahli jawatankuasa pemilihan tersebut, Dr. Ong Kian Meng.

Menurut Karpal, dua ahli jawatankuasa itu menghadapi sedikit kesukaran untuk berjumpa ROS pada 18 April ini kerana hari penamaan calon akan berlangsung pada 20 April.

Isu pemilihan CEC parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada hari tersebut.

Ekoran tidak berpuas hati, ahlinya termasuk Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, David Dass Aseerpatham membuat laporan kepada ROS meminta perkara itu disiasat kerana mendakwa tidak mengikut Perlembagaan parti sekali gus mendakwa keputusan CEC itu tidak sah.

Walaupun mengakui terdapat masalah teknikal pada pemilihan parti itu, Karpal menafikan ada unsur-unsur penipuan seperti dakwaan pihak tertentu termasuk bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Tag : PRU-13
0 Komentar untuk "DAP boleh guna simbol sendiri semasa PRU-13"
Back To Top