Bandar Tian Tai, sebuah bandar yang mempunyai sekitar 60o ribu penduduk yang terletak berdekatan dengan pelabuhan Ning Bo. Jarak perjalan dari YiWu ke Tian Tain selama 2 jam dengan bas ekspres. Begitu juga perjalanan ke Pelabuhan Ning Bo memakan masa yang sama.
Tidak ada penerbangan terus ke bandar ini kerana di sini tidak mempunyai lapangan terbang. Tetapi kita boleh sampai ke sini dengan menaiki kapal terbang ke bandar berdekatan seperti Ning Bo, Hang Zhou atau YiWu dan melanjutkan perjalan kesini dengan bas atau kereta sewa.
Bandar ini paling terkenal dengan pengeluar manik kayu berbagai bentuk. Biasanya untuk kegunaan sulaman untuk tempat duduk kereta, tasbih, kalung leher, gelang tangan dan sebagainya. Selain itu dia juga adalah antara bandar pengeluar alas kusyen tambahan kereta dalam berbagai bentuk yang terbesar di China.
Pada mulanya saya menduga disini tidak terdapat kedai halal sehingga saya menyediakan hampir penuh beg makan untuk dimakan selama disini. Alhamdulillah dengan takdir Allah sekitar 100 meter dari hotel yang saya tinggal terdapat 2 buah kedai makan " Lan Zhou La Mian" iaitu kedai mee tarik dari Lan Zhou. Mereka memang menjual makan yang halal dan dari keturunan Hui dari wilayah Lan Zhou. Kedai mereka terdapat dikebanyakan tempat di China. Kerana itulah pada dasarnya hampir semua tempat yang dilawati akan adanya kedai mee tarik ini.
Di bandar ini juga kelihatan orang Xin Jiang yang terkenal dengan jualan satey kambing menjalankan perniagaannya. Kelmarin saya menyapa seorang Xin Jiang yang menjual satey dengan ucapan salam dan dijawab dengan spontan apalagi melihat saya yang berkopiah putih.
Saya dimaklumkan oleh beberapa kawan di Shah Alam yang kedai mee tarik dari Lan Zhou ini ada di buka di Shah Alam. Cuma saya tidak sempat lagi untuk ke sana.
Pemandangan menarik di Bukit Tian Tai
Bandar Tian Tai agak lebih sejuk dari bandar Yi Wu, mengikut kaji cuaca suhu esok mencecah sekitar 5 hingga 8 darjah. Ini kerana dia terletak agak tinggi dari paras laut dengan keadaannya yang bernukit.Namun bagitu kegiatan seharian penduduk berjalan seperti biasa walaupun bagi kita orang asing rasa malas untuk keluar bilik kalau tidak kerana urusan perniagaan.
Selagi urusan belum selesai saya kena berkampung di sini dalam beberapa hari lagi. Mungkin kena ber Hari Raya di sini dan mungkin juga sempat untuk balik beraya di Malaysia.
0 Komentar untuk "Bandar Tian Tai: Pengeluar Manik Kayu"