Terkini kematian akibat perang di Lahad Datu Sabah. Kami akan membawakan info mengenai jumlah kematian yang sahih berdasarkan laporan wartawan yang berada di sahabat 7 Lahad Datu. Semua sudah maklum bahawa peperangan bersenjata masih lagi berlangsung antara pihak polis Malaysia dan tentera sulu sejak dari pukul 10 pagi tadi.
Terkini Kematian Perang Di Lahad Datu Sabah
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan BERNAMA yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Update Terkini 3.30 Petang
10 Anggota Penceroboh Terbunuh: ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu. Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.
“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,” “Yang terbunuh termasuk seorang wanita.” Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie. - See more at: http://di-sini-bermula.blogspot.com/2013/03/terkini-laporan-kematian-perang-di.html#sthash.95E1ZnAZ.dpuf
0 Komentar untuk "Terkini–Lahad Datu"