This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

'Ter' atau 'Di' BUBAR

Terbubar: mansuh dengan sendirinya.
Dibubar: dimansuhkan oleh individu yang diberi tanggungjawab untuk memansuhkan.
Rakyat Malaysia terus diajak bermain teka-teki ibarat ala-ala Nujum Pak Belalang. Walaubagaimanapun, sinar penantian rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk memilih kerajaan bagi 5 tahun seterusnya samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sudah mula kelihatan…..
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Salah satu syarat sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa tadbir urus kepada tiga bahagian iaitu Kuasa Eksekutif, Kuasa Kehakiman dan Kuasa Perundangan. Pembahagian kuasa ini dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Parlimen, iaitu Kuasa Perundangan bagi Malaysia, berperanan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di negara ini.

Parlimen berkuasa meluluskan undang-undang di peringkat Persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, menyemak dasar-dasar Kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan cukai-cukai baru.
Parlimen juga adalah wadah untuk perbahasan dan perbincangan; dan merupakan saluran bagi mengutarakan suara orang ramai dalam hal-ehwal negara.
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu:
  • Yang di-Pertuan Agong
  • Dewan Negara
  • Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah Ketua Negara yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Baginda menjalankan tugas-tugas seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebagai Ketua Tertinggi Negara, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.
Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli – 44 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. 26 ahli yang selebihnya dipilih oleh 13 Dewan Undangan Negeri, di mana setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli.
Dewan Rakyat mempunyai seramai 219 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia.
Tarikh Pembubaran Automatik (Dun dan Parlimen)
Parlimen perlu dibubarkan terlebih dahulu sebelum pemilihan dapat dijalankan untuk memilih kepimpinan baru dalam kerajaan untuk memerintah dalam satu jangkamasa yang telah ditetapkan. Kuasa untuk membubarkan Parlimen Malaysia terletak di bawah tanggungjawab Perdana Menteri dengan persetujuan YDPA.

Seorang pemimpin yang bermaruah dan berani akan membubarkan parlimen terlebih dahulu sebelum tempoh mandat terbubar dengan sendirinya. Kepercayaan rakyat terhadap seorang pemimpin menjadi lebih dan ini akan meningkatkan kredibiliti pemimpin berkenaan.

Tag : Politik, PRU-13
0 Komentar untuk "'Ter' atau 'Di' BUBAR"
Back To Top