This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Sultan SULU - ahli UMNO

KOTA KINABALU: Badan Perhubungan UMNO Sabah akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti supaya ahli UMNO sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu, Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dipecat daripada parti kerana mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, baru-baru ini.

Keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat UMNO negeri, di sini malam kelmarin berikutan tindakan ahli perniagaan terbabit yang disifatkan mencemarkan imej UMNO dan memecahbelahkan perpaduan parti.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata UMNO memandang serius tindakan ahli terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Datu Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti.

"UMNO negeri akan mengemukakan surat rasmi kepada MT tidak lama lagi. Mesyuarat pada malam ini (kelmarin) mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan. Beliau yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu, meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Awal bulan ini, Datu Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Cawangan Sabah dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat sini.

Majlis itu turut disaksikan sekumpulan 60 jemputan, termasuk beberapa individu yang didakwa sebagai Pegawai Kanan Kesulatanan Sulu.

Bagaimana agaknya seorang pemimpin hendak menguruskan sebuah negara sekiranya hendak menguruskan parti pun tidak mampu…

Berita Harian

0 Komentar untuk "Sultan SULU - ahli UMNO"
Back To Top