This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Rakyat Berpendapatan RM2,000 Sebulan Tidak Mampu Beli Rumah Di Kelantan–Adakah negeri lain mampu…

JALAN BAYAM – Di mana peranan Kerajaan Pas Kelantan dalam membantu rakyat soal pemilikan rumah murah?

Ini kerana soal tanah adalah didalam bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Pas Kelantan dalam tempoh 21 memegang Kelantan tidak pernah membina rumah murah untuk rakyat malahan rumah yang dibangunkan di Kelantan kebanyakkannya bernilai RM150,000 ke atas.

Kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) cawangan Kelantan mendapati rakyat negeri itu yang berpendapatan dibawah RM2,000 sebulan tidak mampu membeli rumah di negeri itu.

Pengerusi REHDA negeri, Datuk Sekarnor Che Omar berkata kajian persatuannya juga mendapati kira-kira 400,000 rakyat negeri ini masih belum memiliki rumah

sendiri.

Beliau berkata antara kekangan yang dihadapi pihaknya dalam menyediakan kemudahan yang mencukupi bagi keperluan rumah mampu milik ialah kenaikan kos pembinaan yang tinggi.

“Kos pembinaan itu termasuk harga tanah dan bahan binaan yang tinggi harganya. Ini menyebabkan rumah yang termasuk dalam kategori mampu milik tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan,” katanya.

Menurut laporan Buletin Online Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan pada 2008, masih terdapat seluas 21,000 hektar tanah yang diistilahkan sebagai

tanah terbiar di seluruh negeri Kelantan.

Sehubungan itu Sekarnor berkata REHDA mensasarkan pembinaan 100,000 unit rumah setahun dan jika sasaran itu tercapai masalah rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri akan dapat diselesaikan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata pihaknya dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi berkaitan sedang berusaha membina lebih banyak rumah bagi menampung keperluan perumahan yang masih tinggi di negeri ini.

“Kita juga sedang berusaha membina lebih banyak unit rumah mampu milik yang berharga RM80,000 ke bawah untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Ini tidak termasuk yang dibina oleh pemaju swasta dan perseorangan yang membina unit rumah bertaraf sederhana dan mewah,” katanya.

Sekarnor berkata, ketika ini kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan 100 pemaju perumahan dan hartanah yang aktif di negeri ini menjadi anggota Rehda,bakinya bergerak secara persendirian.

Persoalan yang timbul adakah rumah yang dibeli oleh individu berpendapatan RM2000.00 sebulan itu dikatakan rumah, kerana berdasarkan pengalaman ianya seakan reban ayam ataupun kandang cuma ada dinding dan bumbung sahaja tidak lebih daripada itu.. dengan keluasan hanya 15” X 50”.. adakah itu dipanggil rumah… fikir dan terus berfikir…

Tag : Ekonomi, Politik
0 Komentar untuk "Rakyat Berpendapatan RM2,000 Sebulan Tidak Mampu Beli Rumah Di Kelantan–Adakah negeri lain mampu…"
Back To Top