This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

PRU-13; Pilihanraya Media Sosial

Kuala Lumpur: Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi ‘pilihan raya media sosial’ pertama di negara ini berikutan peningkatan penggunaannya sebagai mekanisme berkempen. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata walaupun ia bukan faktor terbesar dalam PRU-13, penggunaannya bakal meningkatkan irama perdebatan politik dan membawa lebih banyak suara ke dalamnya.

“Rakyat, terutama generasi muda yang membesar bersama internet meletakkan jangkaan tinggi pada semua bentuk kehidupan sekarang. Itulah sebabnya saya meminta semua Menteri Kabinet dan calon parti saya menggunakan media sosial.

“Bulan akan datang adalah waktu yang menarik untuk rakyat berminat dalam politik dan internet,” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Presiden Dewan Media Sosial Malaysia, Shahul Hameed Shaik Dawood. Persidangan empat hari bermula semalam itu dihadiri kira-kira 1,000 blogger dan pengamal media sosial dari luar negara. Pada majlis itu, Najib diberikan Anugerah Kepemimpinan Pembabitan Media Sosial oleh dewan berkenaan sebagai menghargai pembabitan beliau dalam media sosial seperti Facebook dan Twitter. Najib berkata, kerajaan mahu setiap rakyat bersedia menghadapi masa depan yang bergerak lebih pantas melalui penggunaan media sosial hasil daripada usaha kerajaan menyediakan liputan jalur lebar lebih meluas di luar bandar.

Dengan mengucapkan terima kasih kepada blogger dan mereka yang mempromosi Malaysia di mata dunia melalui penggunaan media sosial, beliau mengingatkan rakyat dan organisasi supaya lebih terbuka apabila menggunakan kemudahan itu.

“Dengan menggunakan media sosial, semua pihak mempunyai suara dan mampu menyatakannya kepada dunia. Mereka juga boleh bercakap antara satu sama lain kerana teknologi media sosial membenarkan sesiapa saja melangkaui sempadan dan halangan,” katanya.

Tag : Politik
0 Komentar untuk "PRU-13; Pilihanraya Media Sosial"
Back To Top