Wanita sholehah itu aurat dijaga
Pergaulan dipagari
Sifat malu pengikat diri
Seindah hiasan di dunia ini
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali ...
Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai ....
Wahai wanita
jangan dibangga dengan kecantikan luaran
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi
Wahai wanita
jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu
Wahai wanita
jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu
Wahai wanita sholehah
jangan dirisau akan jodohmu
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya
Bersyukurlah Diatas Apa Yang Ada ......
0 Komentar untuk "Mencari Solehah"