Vettel menunjukkan genggamannya tanda gembira selepas menjuarai GP Malaysia di Sepang, semalam. Gambar kiri dia bersama Webber dan Hamilton di atas podium.
Juara dunia tunjuk belang; Hamilton raih tempat ketiga di Sepang
Sepang: Edisi ke-15, Grand Prix Malaysia yang berakhir semalam terus dihiasi pelbagai drama yang menobatkan juara dunia tiga kali, Sebastian Vettel kemenangan ketiganya di Sepang sekalipun mengundang rasa benci rakan sepasukannya daripada Red Bull, Mark Webber.
Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton berjaya menguntumkan senyuman buat penonton tempatan apabila menduduki podium terakhir perlumbaan yang turut dihiasi keadaan litar basah dan percaturan pasukan.
Drama awal bermula apabila Fernando Alonso - juara Formula Satu (F1) di Sepang, tahun lalu dari pasukan Ferrari - tersingkir awal apabila jentera dipandunya mengalami kerosakan pada pusingan kedua selepas berlaku pelanggaran bersama Vettel.
GP Malaysia yang berakhir, semalam juga mencatat kehadiran penonton tertinggi di Sepang dengan 123,400 penonton - peningkatan 3,400 mengatasi rekod tahun lalu 120,000 dan 105,000 pada 2011.
Turut hadir menyaksikan perlumbaan itu adalah Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kehadiran beberapa selebriti ternama antaranya model terkenal, Kimora Lee, bintang drama Housewife, Teri Hatcher, Josh Harnet (Pearl Houbour) dam penyanyi jazz terkemuka negara, Datuk Shiela Majid di Pit Walk turut mendapat perhatian lensa kamera tempatan dan antarabangsa.
0 Komentar untuk "Kuasa Vettel"