This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

7 Janji Barisan Nasional Jika Menang di Kelantan

Dalam usaha untuk menawan Kelantan sebuah negeri yang menjadi permata dan rebutan di antara negeri-negeri yang ada di Malaysia, Barisan Nasional dibawah pimpinan Perdana Menteri dengan pelbagai perancangan, muslihat, janji, manifesto, propaganda dan bermacam jenis helah digunakan untuk mendaptkan Kelantan dari Kepimpinan TGNA, Kepimpinan ulama’ yang diiktiraf oleh dunia Islam. Diperhalusi janji-janji PM kepada rakyat Kelantan. Adakah benar apa yang dijanjikan itu diperlukan? satu keperluan atau hanya satu kehendak.

Rakyat Kelantan selama ini memang diakui oleh semua rakyat Malaysia adalah yang paling bijak dalam membuat keputusan melibatkan politik, dan hak orang melayu. Mereka ini berjuang untuk meneruskan hak-hak Melayu ini kekal untuk selama-lamanya dan tidak dipersoalkan oleh mana-mana individu yang ada, pernah ada dan akan ada. Jiwa Melayu dan Islam begitu menebal dalam diri setiap rakyat Kelantan menjadikan mereka istimewa berbanding melayu lain di Malaysia ini.

Lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu

Kerajaan negeri sendiri telah memulakan projek lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu, dan dikenali dengan lebuhraya rakyat. Bukannya kerana kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan untuk membinanya tetapi matlamat dan motifnya adalah untuk mengeratkan dan mengekalkan sifat milikan yang mendatangkan kebaikan ini adalah kerana sekiranya sesuatu perkara itu adalah milik kita maka kita akan lebih menghargai dan menjaganya. Ini akan mengelakkan perbuatan vandalisme. Menteri Besar Kelantan juga mengalukan mana-mana syarikat yang ingin membina lebuhraya berkenaan tetapi tidak ingin rakyat dibebani oleh tol yang akan dikenakan kelak. Inilah sebenarnya sebuah kerajaan yang prihatin. Sesuatu pembinaan dan penyediaan infrastruktur tidak sepatutnya membebankan rakyat.

Dalam RMK 6(1986-1990), Kelantan di bawah pemerintahan BN pernah berjanji untuk membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, namun sehinggalah kerajaan Kelantan di bawah pimpinan TGNA melancarkan Projek Lebuhraya KB-KK sepanjang 73km bernilai RM2.8 Bilion, PM mengumumkan untuk membina lebuhraya yang sama yang tidak pernah ditunaikan semasa BN mendapat mandat memerintah Kelantan…(berakhir 1990). Suatu janji yang tidak pernah ditunaikan kepada rakyat Kelantan selama ini.

Stadium

Sebuah stadium yang baru, persoalan yang perlu kita ajukan bukannya baru ataupun lama tatapi sebuah stadium baru diperlukan apabila stadium sedia ada tidak mampu untuk menampung

  • event yang diadakan/ dianjurkan dari segi jumlah event yang diadakan (fully booked);
  • bilangan penyokong dan atlet;
  • tidak selamat/berisiko;

dalam hal ini, adakah Stadium Sultan Muhammad ke-IV menepati mana-mana keadaan di atas. Apa gunanya kita membina sebuah stadium yang berharga berjuta-juta ringgit yang akan dibazirkan sekiranya hanya untuk bermegah dan akhirnya menambahkan lagi senarai projek gajah putih. Apa perlunya membazirkan jutaan wang pembayar cukai sedangkan kualiti sukan diabaikan lebih baik wang berkenaan digunakan untuk membangunkan sukan negara bukannya infrastruktur sukan yang tidak diperlukan. Sanggupkah anda memikul stadium berkenaan di hari kemudian untuk meminta mereka menghalalkan duit yang digunakan membina stadium. Cukuplah dengan projek-projek pembaziran yang telah sedia ada.

Pada zaman pemerintahan Khulafak Ar-Rashiddin pemimpin bukannya bermegahan untuk membangunkan infrastruktur hebat namun mereka berusaha untuk meneruskan agenda membangunkan insan yang dipelopori oleh Rasulullah saw sehinggakan sekiranya suatu perkara yang ingin dibincangkan itu adalah bersifat peribadi mereka memadamkan lilin dan berbincang dalam gelap untuk menjimatkan duit rakyat. Pernah suatu ketika isteri khalifah menyediakan makanan yang berlebihan dari sepatutnya, khalifah memulangkan kembali wang yang lebih kepada perbendaharaan negara kerana merasakan tidak perlu dibazirkan untuk dirinya tetapi untuk kebaikan rakyat.

Pemimpin pada hari ini, tanpa segan dan silu membazirkan duit rakyat sewenang-wenangnya. Tidak cukupkah lagi dengan segala perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan selama ini. Penginapan disediakan, kenderaan disediakan, pembantu rumah dan sebagainya malahan bil-bil utiliti dibiayai oleh kerajaan.

Masalah Air

Masalah air bukan hanya berlaku di negeri Kelantan, ianya adalah isu yang berlaku di mana-mana tempat di dunia ini. sebelum bercakap mengenai isu air di Kelantan selesaikan dahulu isu air Malaysia-Singapura. Sebagai seorang Perdana Menteri, isu dalaman bukannya suatu isu yang penting tetapi isu hubungan luar perlu diselesaikan terlebih dahulu.

3,000 rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

Harga terendah sebuah rumah PR1MA yang ditawarkan adalah RM100K. Semua tahu bahawa rata-rata rakyat Kelantan cuma bekerja kampung untuk menyara hidup. Untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM100K adalah suatu yang mustahil dari duit simpanan tanpa pinjaman institusi kewangan. Cuba fikirkan, institusi kewangan manakan akan memberikan pinjaman sehingga RM100K kepada rakyat Kelantan yang tidak berpendapatan tetap. Sedangkan mereka yang berpendapatan tetap di bawah kelayakan Bahagian Pinjaman Perumahan Kementerian Kewangan adalah seperti berikut:

Bil

Gaji Bulanan Hakiki (RM)

Kelayakan Pinjaman (RM)

1

6,500 dan ke atas

450,000

2

5,500 ke 6,499

420,000

3

4,500 ke 5,499

400,000

4

3,500 ke 4,499

380,000

5

3,000 ke 3,499

320,000

6

2,500 ke 2,999

280,000

7

2,000 ke 2,499

255,000

8

1,500 ke 1,999

205,000

9

1,200 ke 1,499

168,000

10

1,000 ke 1,199

130,000

11

800 ke 999

105,000

12

799 dan ke bawah

80,000

Jadi untuk mendapatakan pinjaman sebanyak RM100K anda perlu berpendapatan minimum RM800 sebulan.

UiTM bandar Kota Bharu

Perlukah kita sebuah kampus IPTA di sebuah bandar yang sememangnya telah pesat. Kerajaan negeri dalam perancangan sedang memindahkan semua agensi kerajaan ke sebuah tempat di tengah-tengah jelapang padi, “Bandar Baru Tunjung” untuk mengelakan kesesakan di tengah bandar Kota Bharu. Dengan itu secara tidak langsung mengurangkan tekanan kepada pekerja. Kerajaan negeri dalam perancangan juga sedang menilai untuk membangunkan pusat bandar sebagai sebuah telaga minyak di daratan pertama di Malaysia yang akan menghasilkan berbilion pulangan kepada rakyat Kelantan. Jika terus mengharapkan tuntutan royalti daripada Petronas maka nampak gayanya tidak merasalah rakyat Kelantan terhadap royalti miyak. Adakah PM cuba menafikan hak royalti itu dengan membina sebuah kampus IPTA di bandar.

Masjid Negeri bernilai RM50 juta

Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid; - Tanda-tanda Kiamat Semakin Hampir.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid;- (Riwayat Abu Dawud).

Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja;- Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa, percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata. Allah tidak memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka (pada waktu dalam masjid);- (Riwayat Hakim).

Ahli Ibadah Yang Bodoh Dan Qari Yang Fasik;- Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik;- (Riwayat Ibnu ‘Adi).

Apa yang sepatutnya sebuah kerajaan yang berbangga memperjuangkan ISLAM adalah mengimarahkan masjid bukannya bermegahan dalam membina masjid-masjid mega (super size).

Bas Rapid Kota Bharu

Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) adalah dimiliki sepenuhnya oleh melayu, dengan menyediakan perkhidmatan Bas Rapid, maka secara automatik Perdana Menteri cuba menghapuskan syarikat milik melayu dalam industri perkhidmatan bas. Tidak malukah seorang individu yang mengetuai sebuah parti yang pada asasnya dikatakan memperjuangkan bangsa melayu namun dalam diam-diam cuba merampas apa perniagaan yang telah dijalankan oleh orang melayu dalam industri ini. Untuk pengetahuan juga, SKMK merupakan syarikat milik melayu yang pertama di Malaysia yang menyepadukan perkhidmatan bas di sebuah negeri. Tidak seperti mana-mana negeri lain yang perkhidmatan basnya adalah bercampur baur… Bas-bas yang dimiliki dan beroperasi juga adalah lebih ekslusif benbanding bas milik mana-mana syarikat lain di Malaysia…

 

Tag : Politik, Sosial
0 Komentar untuk "7 Janji Barisan Nasional Jika Menang di Kelantan"
Back To Top