This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Tugas Berat - “pilih pemimpin”

Peringatan Rasulullah wajar dihayati

Pilihan raya umum semakin dekat. Kita semua sudah lama merasai bahangnya. Walaupun ramalan demi ramalan berkaitan tarikh pilihan raya sudah tersasar, hakikatnya kita semakin mendekati hari pilihan raya.

Pilihan raya, sebagai mana kita maklum adalah proses memilih pemimpin. Itulah sistem diperkenal serata dunia serta dicanang sebagai sistem terbaik bagi memilih pemimpin. Proses pilihan raya ini bukan suatu yang mudah.

Dalam sistem demokrasi yang ditambah dengan perisa politik untuk kuasa dan kepentingan diri, sebenarnya mendatangkan kepayahan kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang tepat dan hebat itu. Dalam keadaan ini, rakyat, sebagai ‘political sovereign’ perlu lebih bijak dan matang untuk memilih. Rakyat hendaklah jauhkan emosi atau sentimen kepartian yang melampau. Ramai calon pilihan raya yang boleh menjadi pemimpin, tetapi tidak ramai yang boleh menjadi pemimpin yang hebat.

Sudah tentu proses teknikalnya agak susah. Pengalaman negara kita mungkin lebih baik daripada beberapa negara lain yang seusia. Walaupun begitu kita tidak mengambil ringan mengenai ini, terutama mengenai aspek ketenteraman dan kesejahteraan.

Tidak kurang susahnya dalam proses pilihan raya ini ialah peranan yang perlu dimainkan pengundi. Kenyataan ini mungkin boleh dianggap biasa atau sudah tabu tetapi itulah hakikatnya. Pengundi sebagai penentu kepada kejayaan sesuatu pilihan raya, bukan setakat penyelesaian teknikal, tetapi penyelesaian kepada isu pokok kenapa pilihan raya dilaksana, iaitu memilih pemimpin yang tepat dan hebat.

Jauhi sentimen kepartian melampau

Dalam sistem demokrasi yang ditambah dengan perisa politik untuk kuasa dan kepentingan diri, sebenarnya mendatangkan kepayahan kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang tepat dan hebat itu. Dalam keadaan ini, rakyat, sebagai ‘political sovereign’ perlu lebih bijak dan matang untuk memilih. Rakyat hendaklah jauhkan emosi atau sentimen kepartian yang melampau. Ramai calon pilihan raya yang boleh menjadi pemimpin, tetapi tidak ramai yang boleh menjadi pemimpin yang hebat.

Malaysia memerlukan pemimpin yang hebat ini. Mereka hendaklah berintegriti tinggi, berani, mempunyai kesungguhan, berwawasan, berkefahaman mengenai dunia dan akhirat. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang boleh bertoleransi dalam hal yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada agama dan negara. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang tinggi moral dan peribadinya.

Dalam aspek ini mungkin kita boleh merujuk kepada pendapat yang menyatakan mengenai dua kriteria utama pemimpin, iaitu kuat dan beramanah. Kedua-dua sifat ini terlalu luas pengertiannya. Memadailah jika dinyatakan bahawa ia merujuk kepada pemimpin yang memegang tanggungjawab sebagai keistimewaan dan bukan menjadikan kedudukannya sebagai pemimpin untuk kebanggaan atau kemewahan.

Pemimpin yang berpegang kepada amanah akan membuat kita berasa selamat. Negara juga boleh kekal aman, sejahtera dan makmur dari segi ekonomi, sosial dan politiknya. Pemimpin sebegini juga boleh memberikan kita keyakinan dan kepercayaan kerana kita percaya, resipi keamanan dan kelangsungan kejayaan negara bergantung kepada perasaan selamat. Perasaan selamat ini bergantung kepada keyakinan dan kepercayaan ke atas pemimpin yang dipilih itu. Maka rakyat hendaklah memilih pemimpin dengan pilihan yang tepat.

Kenali kriteria pemimpin hebat

Selepas kita membelanjakan masa, wang, tenaga dan darah untuk memerangi komunis atau ancaman yang sama, dan membina kekayaan negara, maka pilihan raya perlu memberikan kita keyakinan bahawa pilihan pemimpin itu tidak akan merugikan kita atau menuntut kita untuk terus mengeluarkan perbelanjaan yang mahal itu.

Ramai yang bertanya, bagaimanakah kita dapat menentukan calon pemimpin yang hebat. Yang pasti, walaupun kita mempunyai garis panduan mengenai kriteria pemimpin hebat seperti yang disebut sebahagiannya di atas, keputusan kita memilih antara calon yang ada tidak semestinya tepat.

Dalam demokrasi dan kebebasan ini ada kalanya pelbagai penyamaran berlaku dan rakyat tidak dapat memilih calon dengan tepat. Dalam keadaan ini, pengundi itu sendiri yang harus lebih bijak daripada calon bertanding dalam pilihan raya walaupun hakikatnya pemimpin hendaklah lebih bijak daripada orang yang dipimpin.

Amanah laksana tanggungjawab

Bagi calon pemimpin hendaklah sentiasa diingat bahawa mereka itu manusia yang lemah sedangkan tanggungjawab dan amanah itu begitu tinggi. Kedudukan dalam barisan kepemimpinan itu bukan untuk bermegah tetapi untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

Kepada calon pemimpin dan juga calon pengundi, hayati peringatan Rasulullah SAW: “Allah menjadi reda kepada kamu dalam tiga perkara; pertama, hendaklah kamu sembah Dia dan sekali-kali jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu. Kedua, bahawa kamu berpegang teguh semuanya kepada tali Allah dan jangan kami berpecah-belah dan ketiga hendaklah kamu menasihati orang yang ditakdirkan Allah menjadi pemimpin antara kamu.”

http://itismeilife.blogspot.com/2013/02/syarat-menjadi-menteri-menurut-islam.html

 

Tag : Pengetahuan
0 Komentar untuk "Tugas Berat - “pilih pemimpin”"
Back To Top