Inilah yang sering kali berlegar
dalam benak fikiran manusia yang masih menanti siapa pasangan hidupnya di dunia
ini.
Jodoh itu di tangan Tuhan.Tiada
sedikitpun kuasa dari tangan manusia untuk menetapkan siapa yang bakal kita
kahwini kelak.
Barangkali ramai yang menyangka
bahawasanya jodoh itu mampu di rancang mengikut kebahagiaan diri sendiri,namun
kenyataannya adalah tidak.Jodoh itu merupakan ketetapan Tuhan yang tidak berubah
biarpun sedikit.
Bila sudah punya kekasih hati yang
cantik/kacak,jangan terlalu takbur.Usah kita berlagak seolah-olah kita memang
tahu orang yang kita cintai selama beberapa tahun itu adalah jodoh yang terbaik
buat kita.Maksudnya,apabila kita jatuh cinta dan cinta kita berbalas,usah
berlagak seperti kita tahu orang yang kita cintai dan mencintai kita itu adalah
jodoh kita,kerana jodoh itu adalah salah satu dari rahsia Allah.
Zaman ini,sudah berapa banyak kes
manusia yang bercinta bertahun lamanya,seakan sudah yakin mengenali antara satu
sama lain tapi pengakhirannya cinta mereka putus di tengah jalan.Justeru,cinta
yang di anyam selama ini atas dasar apa?
Kerana rupa?Harta?Nafsu?
Kerana itu hati masing-masing mula
berubah?
Ada yang beranggapan bahawa bercinta
dahulu sebelum bernikah itu penting kerana mahu mengenali terlebih dahulu hati
budi seseorang yang bakal kita habiskan sisa-sisa umur bersamanya.
Dari situ akan bermulanya istilah
'couple' - dating setiap hari,bermadah cinta setiap detik.
Dan bila sampai waktunya untuk akad
nikah,sudah hilang rasa keterujaan,perasaan berdebar-debar terhadap
pasangan.Kerana apa? Kerana kita sudah biasa lakukannya sebelum
bernikah.Barangkali perasaan bosan juga mula menguasai diri.
Maka,tidak hairanlah kalau ada
pasangan yang baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga sudah mula
menampakkan diri di mahkamah syariah.Sudah lali fenomena tersebut pada masa
kini.
Pernikahan yang di dirikan atas dasar
nafsu dan cinta semata-mata tidak akan kekal.Perasaan cinta itu akan ada pasang
surutnya.Nafsu juga akan pudar.Justeru,andai kedua-duanya sudah hilang,apa lagi
yang tinggal untuk mengukuhkan institusi rumah tangga?
“Bernikahlah kerana Allah Taala.Jadikan gerbang perkahwinan itu sebagai satu ibadah.Kerana dalam dunia rumah tangga itu,masing-masing punya tanggungjawab yang perlu di tunaikan.Alangkah indahnya jika di saat si suami mengimamkan solat,isteri dan anak-anak turut serta menjadi makmum di belakang serta mengaminkan segala doa yang di panjatkan.Itulah nikmat yang bakal di perolehi andai semua yang kita lakukan kerana Allah.”
0 Komentar untuk "Rahsia Jodoh"