Bagi mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, elakkan membawa keluarga bersiar-siar dalam pasaraya pada hujung minggu. Cari alternatif tempat yang tidak membuatkan kita terbelanja perkara yang tidak perlu.
Contohnya perut kita lapar. Apa yang sebenarnya perut
kita perlukan adalah makanan. Ianya tetap kenyang dengan izin Allah, walaupun
kita makan nasi lemak telur goreng yang berharga kurang RM 2 sebungkus.
Ianya tetap kenyang dengan izin Allah, walaupun kita makan Burger King yang
berharga RM 17 set dengan air.
Di sini kita dapat lihat, terdapat jurang yang
besar antara makan untuk menyelesaikan masalah lapar dengan makan yang
menyelesaikan masalah lapar dan pada masa yang sama membuatkan kita lebih
miskin.
Pilihan di tangan kita, pilih apa yang kita suka, kerana yang hendak
menanggung kos yang tinggi itu adalah kita.
Kata budak hingusan 'Sendiri
buat sendiri tanggung'
Shamsuddin Kadir
Tag :
Pengetahuan
0 Komentar untuk "Perbelanjaan Tidak Perlu"