This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Usah Berniaga

Mengikut jangkaan kasar saya, setiap tahun rakyat Malaysia yang baru berjinak dengan bisnes meleburkan lebih dari RM 2 billion setahun. Gara-gara ingin jadi usahawan. Itu belum dicampur dengan duit pinjaman dengan bank termasuk pinjaman bisnes dan pinjaman peribadi.
Rasa terkilan dan hendak menangis apabila melihat orang meleburkan duit supaya hangus. Sayang, bukan sahaja duit itu boleh digunakan untuk buka sebuah bank lagi, kita tahu kesannya yang lebih teruk, pelabur itu dikeliling oleh hutang dan ada risiko rumahtangga mereka terjejas.
Bisnes bukan sekadar memahami dan pandai melihat peluang, Bisnes adalah memerlukan bakat, ilmu, kemahiran dan pengalaman. Risiko individu yang tidak hidup di dalam keluarga bisnes lebih tinggi apabila memasuki bisnes dengan modal duit dan bukannya modal ilmu.
Bisnes usahawan yang kalis ekonomi, adalah yang sentiasa hidup dengan mencipta peluang, iaitu berusaha mencipta peluang dan memohon izin perkenan Tuhan bagi merealisasikannya.
Selagi mana seseorang itu merebut peluang, ianya masih dikategorikan sebagai berjaya dan masih memiliki stail orang yang makan gaji, iaitu merebut peluang 'pekerjaan'.
Oleh itu, jangan masuk bisnes, sekiranya kita tiada bakat tertentu, ilmu, kemahiran dan pengalaman. Kepada yang baru ingin menceburi, khatam buku Memulakan Bisnes Sendiri Oleh Cik Puan Ainon Mohd. dahulu, ada untungnya.
Banyak juga individu yang saya temui, yang habis duit buat website dan beli stok gara-gara ingin buat bisnes online. Ianya tidak semudah boleh buat bisnes di mana-mana sahaja. Dan ianya tidak semudah 24 jam sehari kedai online kita dibuka. Tidak dinafikan ada yang berjaya, cuma yang saya kaji, yang gagal itu lebih banyak.
Sayangnya duit berbilion-bilion yang hangus, gara-gara ingin bergelar usahawan.
Tag : Pengetahuan
0 Komentar untuk "Usah Berniaga"
Back To Top