This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Page Rank

Pasti readers semua tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan pagerank? Cara nak trafik tinggi masuk ke laman anda? Sebelum anda nak dapatkan pagerank ini, anda perlu tahu asasnya. Anda tahu apa itu pagerank?
Sebelum ini saya ada menulis satu artikel yang sama tentang cara untuk meningkatkan trafik blog.
Ini adalah petikan yang saya ambil daripada laman Wikipedia.
PageRank adalah link algoritma analisis, dinamakan selepas Larry Page dan digunakan oleh enjin carian Internet Google, yang menyerahkan wajaran berangka kepada unsur setiap satu set Hyperlink dokumen, seperti World Wide Web, dengan maksud "mengukur "kepentingan relatif dalam set. Algoritma boleh digunakan kepada mana-mana koleksi entiti dengan petikan dan rujukan timbal balik. Berat berangka bahawa ia menyerahkan kepada mana-mana unsur E yang diberikan dirujuk sebagai PageRank E dan ditandakan dengan PRE.
Faham sikit? Kalau tak paham, anda kena review balik laman Wikipedia tu kat sini ---> PageRank.
Apa kelebihan pagerank ini?
Sekiranya laman anda mempunyai pagerank yang tinggi , maka laman anda tu lebih terkenal dan mudah diketemui apabila digoogle.
Berikut adalah beberapa cara untuk naikkan pagerank laman anda. Selama ini saya juga tercari-cari apakah cara yang terbaik untuk naikkan pagerank laman ini serta memberi pengetahuan kepada rakan-rakan yang lain.
1. Update entri anda secara konsisten dan berkala : Update entri secara berkala sangat bagus untuk untuk laman anda. Kalau dapat update hari-hari lagi bagus. Selama permehatian saya, blog yang memperoleh pagerank sudah semestinya mengupdate entri yang sangat bagus dan berguna setiap hari melebihi 5 entri. Wah! Bagus bukan? Entri yang anda buat itu tidak semestinya 100% hasil daripada buah fikiran anda sendiri, copypaste juga boleh, tetapi letaklah credit. Baru nampak profesional. Nanti taklah di katakan Kaki Copycat pulak.
2. Tukar Link ataupun Link Exchange : Cara ini adalah cara yang paling popular yang digunakan oleh sesetengah blogger. Banyak pertandingan yang dianjurkan oleh blogger untuk mendapatkan link exchange dan tingkatkan followers masing-masing. Ini adalah cara yang bagus dan berkesan sekiranya blog anda memang menyediakan banyak info-info yang menarik.
3. Komen di setiap entri : Cara ini jarang orang praktikkan. Okey saya nak tengok berapa ramai orang akan komen kat entri ni lepas ni. Sebenarnya cara ini lebih baik dan orang lain boleh backlink pada laman anda. Tak begitu?
4. Lakukan doFollow / Join this site : Apabila anda follow sesuatu laman, sudah semestinya anda mahukan pemilik laman itu mengetahui kehadiran anda di dalam blog mereka bukan? Maka dengan cara doFollow / Join This Site atau dalam kata mudahnya menjadi follower blog, pemilik sesebuah blog/laman akan melakukan backlink pada jejak anda. Mudah-mudahan lepas ni anda sendiri akan peroleh seorang lagi follower tambahan.
5. Buat Internal link : Tahu apa itu internak link? Internal link adalah link yang diletakkan didalam post untuk menyambungkan link yang lama kepada post yang baru seperti mana yang saya telah lakukan seprti di atas tadi.
Tag : SEO
0 Komentar untuk "Page Rank"
Back To Top