This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Kementerian Rujuk Peguam Negara Tindakan Empat Negeri Tangguh AES

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan akan merujuk kepada pegawai undang-undang dan pejabat Peguam Negara tindakan empat kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri masing-masing.
Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri berkata perkara ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik kerana tujuan sebenar pemasangan AES ialah untuk melindungi rakyat di samping membentuk masyarakat berhemah dan berdisiplin di jalan raya.
"Kita akan merujuk kepada pihak Peguam Negara berhubung pelaksanaan di negeri-negeri pembangkang ini. Saya tidak pasti mengenai peruntukan undang-undang berhubung perkara ini, sama ada mereka (kerajaan negeri) mempunyai hak terutamanya lampu isyarat, yang mungkin terletak di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Begitu juga jalan-jalan persekutuan atau lebuh raya yang di bawah PLUS. Walaupun ini berada di negeri-negeri mereka (pembangkang) tapi jalan raya ini adalah milik orang awam," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual Radio24 di Wisma Bernama Rabu.
Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata empat kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.
Katanya, pemasangan 331 kamera AES yang dicadangkan di empat negeri terbabit, seharusnya mendapat kelulusan pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata keputusan untuk melaksanakan AES itu dibuat sudah begitu lama dan bukanlah satu tindakan yang terburu-buru.
Malah, katanya, isu kronisme dalam pemberian tender kepada syarikat pelaksana tidak timbul kerana penilaian berhubung kebolehupayaan syarikat berkaitan dilakukan secara telus.
-- BERNAMA
Tak perlu rujuk peguam negara, ini adalah isu tuan tanah… Klu mcm tu apa kata kita pakat pasang kamera dalam rumah dan bilik YB2 yang berkenaan.. dan semua, dekat Seri Perdana, Seri Satria, Kompleks A dan mana-mana pejabat menteri yang berkenaan, tak perlu mohon kelulusan dan izin kan itu adalah pendekatan yang disyorkan bukannya nak menghina tetapi kepimpinan melalui teladan mencontohi apa yang di lakukan oleh kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri. Memang disedari bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah agensi pusat tetapi lokasi adalah dalam jajah takluk kerajaan negeri… dan Ketahuilah bahawa sebarang pemasangan dan binaan di dalam sesebuah kawasan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan. Sekiranya kerajaan menafikan hak ini, maka hak untuk memasang kamera di mana-mana lokasi termasuk di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri juga mana-mana kawasan yang difikirkan perlu untuk mengawasi tindak tanduk menteri menteri sebagai pemimpin rakyat… Dok Gitu…
Tag : Politik
0 Komentar untuk "Kementerian Rujuk Peguam Negara Tindakan Empat Negeri Tangguh AES"
Back To Top