Apa cer? apabila terdapat percanggahan dalam pelaksanaan dasar perkhidmatan awam. Jom baca bersama dan berikan komen anda…
Surat Edaran: Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 Ke Gred N22 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (Sektor Dalam Negeri).
Bandingkan dengan apa yang tercatat di sini dengan apa yang diwartakan dalam perbekalan kenaikan pangkat dalam Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O)… Adakah mereka ini cuba memperbudak-budakkan kita.. Apa kata CUEPACS sebagai pembela nasib penjawat awam, adakah CUEPACS akan bertindak dalam hal dan isu ini…
Dalam perbekalan skim perkhidmatan tidak menyatakan syarat tempoh perkhidmatan tetapi surat edaran pemangkuan menyatakan syarat tempoh perkhidmatan… Apa yang menyedihkan penjawat awam yang berada di dalam skim perkhidmatan PT(P/O) ini sudah lama diperbodohkan diperkotak-katikkan oleh ketua perkhidmatan mereka sendiri. Untuk makluman penyandang PT(P/O) adalah majoriti dalam perkhidmatan awam… Tidak sedarkah… mereka inilah yang menyumbang kepada kemajuan negara selama ini, yang merupakan nadi utama perkhidmatan awam.
Oleh kerana mereka merupakan golongan paling ramai dalam perkhidmatan awam maka setiap tuntutan mereka tidak dipenuhi atas dasar kemampuan kewangan negara. Kenapakah ianya menjadi sedemikian… sedangkan mereka ini juga layak dan wajar mendapat penambahbaikan dalam perkhidmatan kerana mereka juga adalah anggota perkhidmatan awam yang sama-sama bergerak memajukan negara yang dicintai ini.
Sejajar dengan pewartaan 16 September sebagai Hari Malaysia, iaitu untuk membuang perbezaan layanan antara semenanjung, Sabah dan Sarawak. Maka PT(P/O) juga wajar mendapat pembelaan dalam penambahbaikan perkhidmatan mereka.
Tag :
Politik
0 Komentar untuk "Lain tulis lain implemennya…"