This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Kesihatan Anda

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmsCSAFqvFqq0eRM_AsGfNyu0j8_TS73l8jAOOPSUFnGcM0VnG_SIuWzNahd7o5hAFn6uN_s1YYyNkqCRj-LIiFiFeVqmgLF-_1y0b5vqlJDo7OOEC1sT4N-56qYvgNHt8WDXkCVtYvPJ0/s1600/lelaki.jpgAdakah anda ingin mengetahui tanda-tanda tubuh yang sihat? Selama ini kita banyak membaca tentang penyakit dan gejalanya. Kali ini kami akan berkongsi info dengan pembaca tanda-tanda anda memiliki tubuh yang sihat.
1) Warna Kuku Merah Muda
Warna kuku biasanya menjadi penanda kesihatan yang paling mudah dilihat. Secara umum, orang yang sihat memiliki warna kuku merah muda (pink), kuat dan lembut. Oleh kerana itu, tidak ada salahnya jika anda merasa khuatir jika melihat perubahan pada warna kuku. Kuku yang berwarna kekuningan dan pertumbuhan yang lambat menjadi indikasi adanya penyakit berkaitan pernafasan. Sementara itu kuku yang berlekuk perlu dicurigsi kerana mungkin ada diabetes. Kekurangan zat gizi tertentu, seperti zat besi juga boleh menyebabkan perubahan pada warna kuku
2) Warna urin Kuning Muda
Pada umumnya warna urin yang normal sangat bervariasi, bergantung pada banyaknya jumlah air yang kita minum. Bila kita minum air yang banyak, warna urin biasanya lebih bening. Sebaliknya bila tubuh kita dehidrasi atau kurang air, warna urin akan menjadi lebih gelap. Selain warna, perhatikan juga perubahan lain dari urin. Misalnya bau yang menyengat atau perubahan warna menjadi kemerahan. Anda harus segera berjumpa doctor jika anda menemui sebarang kelainan.
3) Menghasilkan Sekitar Satu Sendok Teh Air Mani
Seorang lelaki dewasa yang sihat mampu menghasilkan cairan mani sebanyak 2-5ml semen ketika berejakulasi. Seiring bertambahnya umur, produksi semen akan berkurangan namun bila semen yang dihasilkan kurang dari 2ml, hal ini menjadi tanda hypersermia yang boleh mempegaruhi  kesuburan lelaki. Selain amnya, warna cairan mani juga menjadi tanda kesihatan. Lelaki yang sihat memiliki warna cairan mani putih atau keabu-abuan dan pekat. Sekiranya cairan mani yang disertai darah atau terlalu cair anda perlulah berjumpa doctor secepat yang mungkin.
4) DenyutJantung 70 bpm
Denyut jantung ketika beristirehat ( resting heart rate / RHR) adalah indicator yang baik untuk kadar fitness seseorang. Meskipun RHR sangat bervariasi bergantung pada usia, namun pada lelaki dewasa yang sihat, angka yang normal adalah sekitar 70-75 bpm (beat per minute). Untuk mengukurnya, letakkan dua jari tangan di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Kalikan angka ini untuk mendapatkan nilai per minitnya
5) Jenis Kulit
Ketegangan kulit biasanya merupakan salah satu cara menilai kadar dehidrasi seseorang. Kulit yang sihat bersifat elastic dan kembali normal bila dicubit. Sebaliknya, kulit yang dehidrasi akan kembali ke posisi normal dengan lambat setelah dicubit.
Nota : Adakah anda berada dalam keadan ini? Anda boleh menilai dengan sendirinya kesihatan anda berdasarkan artikel di atas. Sekadar berkongsi maklumat yang sempat dibaca










Tag : Kesihatan
0 Komentar untuk "Kesihatan Anda"
Back To Top