This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Elakkan 7 ‘C’

Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini dikongsikan untuk renungan kita bersama.
7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )
1. CABAR
Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata, "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!" Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

2. CABUL
Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua.

3. CELUPAR
Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap.

4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot. Suami d pejabat pula duk nampak y aje. Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi bila kat rumah tak mekap pun.

5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit duk telefon suami kat pejabat. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.

6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat dan tak mengira waktu.

7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai ketika menjaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak duk lepak depan tv lagi.

7C ini melambangkan keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi hingga ke peringkat PhD pun, belum tentu tinggi akhlaknya.Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai. Ada masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah sebelum terlambat… Ingat… orang yang disayang mampu menyayangi yang lain…
Back To Top