Dia
duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si
dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah.
Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang
bermaksud akan masuk waktu solat.Tiba-tiba,
si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di
hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang
duduk di hadapan laptop itu senyap.
Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?Huh,lawak
antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun
tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang.
Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi
teguk kencing syaitan tu sapa suruh.
Okay,salah
aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah
lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik
mabuk.Okay,
salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah
aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni.
Bukan
itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau
Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena
guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat
ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala
Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni.
Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.“abang
dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang
dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu
dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut.
Jap
saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman
tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa
sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana
surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap
bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit.
Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.”
Kunci
kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya
Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman
hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman
dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak
ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri
tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang
diberitahu isterinya.
Mereka
telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak
mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman
melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit.
Aduh,mana
bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada
orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya
pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan
risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.”
Aiman
terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab
agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam
itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam
itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat
umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa
tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa
hamba.” Aku tak adalah baik sangat.
Kenapalah
kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil
agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam
fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen
di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah?
Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau,
jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan
pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras
Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah
mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau
jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu.
Aku
terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk.
Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia
senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.
“cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat
macam suara lelaki.
Aiman
yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama.
Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..”
main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman
ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat
Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?”
“Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat
sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut
juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada
kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh
je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya
awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk
kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.”
“saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap.
Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu
berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah
bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau
isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah
abah tak bagi duit banyak.
Nak
berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari
isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki
tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan
bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati
Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala.
Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar
masak.”
“maaf
ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah
rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat
malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan
membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar
masak guna internet.”
Aiman
senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen
Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang
masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni.
ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman
pula. “okay apa..” “is okay.
Gulai
itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai
sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat.
Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa
yang dia cakap.
Ajak
orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni.
Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada
insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh.
“ya?” “saya nak…” “nak apa?”
Aiman
malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?”
“saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.”
Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia
menunggu Aiman di kereta.
Senyum
terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki
separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada
lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda
kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak.
Walau
apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami
yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam.
“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima
kasih ustaz.” Aiman bersuara.
Ustaz
itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di
birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya
ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu
je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke
pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di
surau kelmarin.
Rasanya
dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam
dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak
membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai
bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu
apa-apa.
Sudah
tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah.
“pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik-
celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah,
rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang
Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah
ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam.
“tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya
tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah
dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik
mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah…
banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di
pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman
duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah
sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call?
Abang
tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak
sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri.
“..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap
abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya
tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..”
air mata Syahirah mengalir.
Aiman
terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar
esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas.
“tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?”
“Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah
Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman
senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum
tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi,
solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar”
“okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?”
“sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman
lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap.
“sure.”
Dari
jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai
membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah
pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.
“Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria.
Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang
hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin
Aiman tak perasan).
Wajah
Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya
memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak..
abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru
perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik
kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun
duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman
menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun
rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa
abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah
menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang,
nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa
itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap
Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini.
Kadang-kadang
macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh,
apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia.
Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa
dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung
pipitnya.
Comel!
Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek..
“oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam
hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.”
“kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman
hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada
isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria
Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar
duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna
cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut
senyum.
Sungguh
dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang.
Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua
tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu
kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je
Aiman dengar.
Tak
tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu
disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan
Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman
telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya
ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi
cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari
terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak
apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke
kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan
isterinya lagi. “awak…bangun.
Dah
azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya
ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni.
“awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah
memandang Aiman.
“Allah
Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya
solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.”
Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai
syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya
nak cari buku masak..”
Aiman
hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang
dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter
lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu.
Aiman
hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke
buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke
kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada
boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”
“maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa
tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli
apa-apa?” “tak.
Awak
dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman.
“tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku
itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu.
Pekerja
kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa.
untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!”
“mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang
padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan.
Suami
dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai
baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang
tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan
yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk
perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman
sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke
pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..”
sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah
menunjukkan sesuatu pada Aiman.
Aiman
mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang
buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah
masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.”
Syahirah nampak penat.
Mana
tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir
Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the
love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya.
Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan.
Setelah
selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan
masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang
menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin
penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja
make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan
sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu.
sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa
teramat, entah.
Tidak
tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh
manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap
abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak
sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas
pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu
dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni
akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di
meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak
stabil..”
Dato
Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?”
“Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle
kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.
“abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli.
Kamu
buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu.
Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada
apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam,
weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau
balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia
yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman
mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman
memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah
jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek
Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “
Along..
tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam
lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah,
sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang
iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya.
Aiman
menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah
balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah
pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak?
Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku
ha?
Lepas
tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak
Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak
akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau
dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap
macam tu?”
Syahirah
yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak
bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan
Syahirah.
Syahirah
sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat
seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan
kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah,
tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah
isterinya pula.
Betul
juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat
isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…”
sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya
izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman
jatuh juga. Mata di pejam. “abang….”
Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman
baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi.
Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam
mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di
atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa
melihat nama pemanggil.
Aiman
terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih
lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman
senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang
kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak
tak faham..” sayu Aiman jawab.
Suara
serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita
bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri
yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu
dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi
Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah
sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah.
Ya
Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study
saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan
kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang
kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang
lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada
Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman
beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak
kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang,
tolonglah.
Saya
nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak
kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya
insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya
diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.”
Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman
menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..”
Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu
senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh,
Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman
senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi.
Dah
nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia
balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah
buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu.
Tangannya
menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap
terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan
pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata
yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah
Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….
Terkedu Aiman.
Ya
Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau
dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu.
Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia
agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang
dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia
yang mensia-siakan. Tapi itu dulu sekarang lain..
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman
membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap
voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui
pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum,
abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam.
Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh
kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada
hantar satu video.
Kamu
hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih
abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang
yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang
dekan di sebuah university terkemuka di tanah air.
Wajarlah,
alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala
pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian,
abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi
saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya
sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim.
Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya
tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan
tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat
air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.”
mata mereka bertentangan.
Syahirah
mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.”
Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap.
Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat
Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu.
Terima
kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.”
Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah
sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah.
Aiman
yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah
senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya
yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk
apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.”
Syahirah
ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati
abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak
berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua
itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang
masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.”
Dahi
Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak
macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum
kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah
hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along .
Dia
bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan
sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya.
Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman
memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana
awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.”
“dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang,
jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah
menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa
apa yang dia soal tadi.
Kereta
di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan
ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut
tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa
ke arahnya. “awak.”
Terkelu
lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni,
panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah
pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar
Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah
ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak
pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah.
Kepalanya
tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa.
Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba
hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..”
Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..”
kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan
Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…”
Aiman
membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat
qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk
menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak
Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke
pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum
turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga
Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di
cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai
berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.
“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan
menyakitkan hati abang.”
Seperti
biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas
solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam
pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan
hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.
“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah
dan senyum.
Aiman
hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah
geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.”
Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay,
saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.”
Aiman
memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau.
Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi
lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!!
Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke
rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng.
Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia
berlari ke dapur.
Terkejut
Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!”
jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan
pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada
orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia
yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman
terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia
terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke
kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah
macam mana dia boleh memegang pisau.
Aiman
mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman
tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak
dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..”
Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan
Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah.
Abahnya
hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia
pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman
bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman
memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta
Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras
nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah
mungkin sebab menangis.
Aiman
cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa
dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah
izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga
dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang.
Sayang…
Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara.
“abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan
terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji
Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak
dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan
senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu
senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi
itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman
tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni.
banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.”
Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar
kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok
kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan
menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang
baca..”
Rasulullah
saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah
kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)
“Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden
yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang
dia di penjara itu. warden-warden di situ berlembut dengannya. Terima
kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas
itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ –
isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu.
Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar
DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar
KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar
REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum
melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman.
“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang
menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir
itu.” Aiman senyum.
Terima
kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji
Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah
memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman
tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak
bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran
berhenti di hospital.
Aiman
terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji
Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut
melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak
abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis.
Dia nampak doctor.
Perlahan
Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.”
Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu.
“barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive.
Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya
cuba di tahan.
Sakit!
Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat
sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas
itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!”
jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan
menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…”
tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan
ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan
dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah
isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa
Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta
kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku
Wisnu dan Shireen Sungkar”
Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman
hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada
isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria
Syahirah menyambut earphone itu.
Aiman
menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar
mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh,
lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”
kenapa harus begini…..
Aiman
menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi
katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk
setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan
dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya.
Puas mereka menghantarnya berubat.
Waktu
itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang
yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan
tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk
membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi
Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.
Kini,
dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman,
nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di
cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal
abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid.
Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Aiman
meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir.
Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid.
Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah
itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain.
Selesai
melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa
seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum.
Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak
cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.”
Aiman
mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu
terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil
untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa
sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.”
Terdiam Syahirah.
Aiman
senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum
tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah,
rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring
ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang
seseorang. Sayang. Aiman bangun.
Dia
menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.
“sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang
lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan
Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu
mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan
pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah
meninggal.
Dia
kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang
ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya
pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi
tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui
Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak
kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum
– alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua
benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan
apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran
yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga
dalam keadaan yang bersih.
Bagi
kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya
pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat
pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita
juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi
hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti.
Wallahua’lam.. -
Tag :
Perhubungan