This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam

Ahli Suruhanjaya SKMTPA

Pengerusi

YBhg. Tun Dato’ Zaki bin Tun Azmi   -  bekas Ketua Hakim Negara
Ahli Suruhanjaya                                                                  
1. YBhg. Tan Sri Ismail Adam
-
bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
2. YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom
-
bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
3. YBhg. Tan Sri Dr. Hadenan bin A. Jalil
-
bekas Ketua Audit Negara
4. YBhg. Tan Sri Hussin bin Ismail
-
bekas Timbalan Ketua Polis Negara
5. YBhg. Mej. Jen.(B) Dato’ Paduka Che Hasni bin Che Ahmad
-
bekas Panglima Latihan Tentera Darat
6. YBhg. Dato’ Omar bin Osman
-
President CUEPACS
Tujuan asas Suruhanjaya adalah untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan awam melalui penyampaian perkhidmatan berkesan kepada rakyat. Terma Rujukan (TOR) Suruhanjaya ini adalah:
  1. Untuk merasionalisasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan;
  2. Untuk memastikan transformasi kepimpinan perkhidmatan awam yang berupaya menyeimbangkan kepentingan politik dan pentadbiran;
  3. Untuk memperkasakan modal insan perkhidmatan awam untuk menyampaikan perkhidmatan yang responsif kepada kehendak pelanggan; dan
  4. Untuk mengutamakan kebajikan penjawat awam dengan memastikan perkhidmatan awam yang lebih fleksibel dan adil.

Suruhanjaya ini mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan daripada semua pihak ke arah penambahbaikan perkhidmatan awam. Semua cadangan dan pandangan boleh dikemukakan dengan melayari http://docs.jpa.gov.my/skmtpa.
Semoga dengan tertubuhnya suruhanjaya ini akan dapat memperkasakan lagi perkhidmatan awam Malaysia. Diharapkan satu sistem saraan yang lebih kompetitif  dapat dilaksanakan, yang mampu menarik minat warganegara Malaysia untuk memasuki perkhidmatan awam, yang menyediakan laluan kemajuan kerjaya yang lebih terjamin, terbuka dan telus. Dengan adanya suruhanjaya ini, penjawat awam di Malaysia lebih berdedikasi dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara pada masa akan datang.
Perkhidmatan awam yang kompetetif bukannya perkhidmatan yang hanya mementingkan kelayakan akademik semata-mata tetapi perkhidmatan awam yang menggabungkan pengalaman dan pengetahuan. Perkhidmatan awam yang lebih kecil dari segi klasifikasi perkhidmatan, skim perkhidmatan dan mempunyai laluan kemajuan kerjaya yang jelas yang mampu dicapai bukan sekadar menyediakan gred kenaikan pangkat tetapi akhirnya menamatkan perkhidmatan (bersara) pada gred lantikan. Itu adalah perkhidmatan awam yang hipokrit dimana pada skim perkhidmatan dinyatakan gred kenaikan pangkat tetapi berapa ramaikah yang berada pada gred yang berkenaan. Itupun cuma melalui Surat Edaran rujukan JPA(S)NP.134/1 Klt.19/ s.k.2(11) bertarikh 14 Mei 2009 “Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan Yang Telah Berkhidmat 15 Tahun Dan Lebih Dalam Skim Perkhidmatan Dan Perkhidmatan Semasa

Tag : Politik
0 Komentar untuk "Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam"
Back To Top