This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Talak

Talak adalah satu perbuatan yang dibolehkan di dalam Islam namun ia adalah merupakan perkara yang tidak disukai oleh Allah. Ini kerana talak akan menyebabkan institusi kekeluargaan yang dimetrai selama ini akan rosak dan musnah sejurus sahaja talak dilafazkan.

Walaubagaimanapun, hukum talak akan berubah kepada hukum yang lima berdasarkan keadaan yang berlaku kepada satu-satu kekeluargaan.

Oleh itu pasangan suami isteri perlu berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan agar kekeluargaan dapat dijaga dan dapat dipelihara demi masa depan pasangan suami isteri dan anak-anak yang lahir daripada perkongsian hidup suami isteri.

1- Pengertian Talak:

Menurut kitab-kitab feqh, talak diertikan dengan:

وَالطَّلَاقُ فِي عُرْفِ الْفُقَهَاءِ هُوَ : رَفْعُ قَيْدِ النِّكَاحِ فِي الْحَالِ أَوْ الْمَآلِ بِلَفْظٍ مَخْصُوصٍ أَوْ مَا يَقُومُ مَقَامَهُ . وَالْمُرَادُ بِالنِّكَاحِ هُنَا : النِّكَاحُ الصَّحِيحُ خَاصَّةً ، فَلَوْ كَانَ فَاسِدًا لَمْ يَصِحَّ فِيهِ الطَّلَاقُ ، وَلَكِنْ يَكُونُ مُتَارَكَةً أَوْ فَسْخًا

Yang bermaksud:

Merungkaikan ikatan perkahwinan yang sah pada masa dilafazkan talak atau pada masa hadapan dengan menggunakan lafaz yang khusus atau apa sahaja yang menggantikan peranan lafaz talak tersebut.

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada pengertian di atas adalah: talak boleh berlaku dengan lafaz talak ataupun isyarat ataupun dengan tulisan yang disertai dengan niat untuk menjatuhkan talak. Oleh itu seandainya seseorang suami berniat untuk menjatuhkan talak kepada isterinya namun suami tersebut tidak melafazkan talak ataupun tidak melakukan sebarang isyarat perbuatan ataupun tidak menuliskan lafaz talak tersebut, maka talak tersebut tidak akan berlaku.

2- Talak hanya berlaku apabila suami sedar akan ucapan talaknya:

Talak tidak akan berlaku melainkan apabila sang suami memang betul-betul sedar dengan tindakan yang diambil olehnya. Oleh itu apabila seseoang suami berada dalam keadaan tidak sedar seperti tidur, gila, pitam ataupun separa sedar seperti berada dalam keadaan mamai ataupun sebagaimana yang dinyatakan di dalam soalan, maka talak tidak akan berlaku.

Namun apabila lafaz talak dinyatakan dengan niat bergurau seperti apabila seseorang suami berkata kepada isterinya:”saya jatuhkan talak satu ke atas kamu” dalam keadaan si suami bergurau, maka talak tetap jatuh dan berlaku sekalipun si suami beniat hanya sekadar satu gurauan. Ini kerana talak merupakan satu perbuatan yang sangat bahaya dan tidak boleh untuk dipandang mudah dan enteng. Rasulullah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Ibnu Majah:

ثَلَاثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ ، وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Yang bermaksud:

Tiga perkara yang apabila seseorang bersungguh-sungguh dalam melakukannya maka natiahnya ialah berlaku apa yang diingininya dan apabila dia bergurau dalam tiga perkara ini, maka dia akan dihukum dengan dijadikan gurauannya sebagai satu kenyataan. Tiga perkara itu adalah perkahwinan, talak dan rujuk daripada talak.

3- Talak dengan menggunakan kalimah lain selain daripada lafaz talak atau cerai:

Apabila seseoang suami menggunakan lafaz-lafaz yang selain daripada lafaz cerai ataupun talak yang boleh dijadikan sebagai kiasan kepada talak, contohnya dengan dia mengatakan ”kamu boleh keluar daripada rumah aku” atau ”hari ini kamu bebas”, maka lafaz seperti ini tidak akan menyebabkan berlakunya talak melainkan apabila si suami berniat untuk menjatuhkan talak ketika dia melafazkan kalimah-kalimah tersebut.

Ini kerana niat untuk menjatuhkan talak adalah syarat untuk berlakunya penceraian apabila lafaz yang digunakan oleh suami adalah lafaz-lafaz yang digunakan oleh masyarakat sebagai kiasan kepada makna talak dan cerai.

Akan tetapi seandainya si suami menggunakan lafaz ”talak” atau ”cerai” maka talak akan tetap berlaku sekalipun si suami tidak bermaksud untuk menjatuhkan talak kepada isterinya. Oleh itu seandainya seseorang suami melafazkan cerai atau talak kepada isterinya dengan niat bergurau, maka talak tersebut akan berlaku lantas isterinya akan tertalak.

Adapun tindakan suami yang bergurau dengan isterinya untuk menghantar isterinya pulang sama ada ke rumah ibu si isteri ataupun ke mana-mana tempat sekalipun, talak tidak akan berlaku melainkan hanya apabila si suami berniat untuk menjatuhkan talak kepada isterinya ketika dia bekata contohnya: ”saya hantar kamu pulang ke rumah”. Ketika itu, talak akan belaku.

Rujukan:

Al-mausu`ah Al-Kuwaitiyyah jilid 29,

Untuk itu diingatkan kepada kaum hawa (perempuan yang bersuami) agar mengerti walau setinggi mana pendidikan kamu, jawatan kamu, pangkat kamu; kamu tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talak. Talak itu adalah hak mutlak lelaki kerana akal dan statusnya sebagai pemimpin. Mungkin kamu boleh menebus talak iaitu dengan membayar dengan wang ataupun harta untuk talak tetapi yang menjatuhkan talak tetap lelaki.

0 Komentar untuk "Talak"
Back To Top