This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Shahrizat Abdul Jalil - Letak Jawatan

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.
Perdana Menteri berkata pengunduran diri itu dilihat sebagai satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.
“Walaupun setakat ini tiada bukti beliau buat kesalahan dari segi undang-undang, namun sebab isu NFC mengundang pertikaian dan kontroversi, beliau sanggup berundur daripada kerajaan,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, Ahad.
Shahrizat dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur pada Ahad mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.
Bagaimanapun, Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).
Ditanya kedudukan Shahrizat dalam parti, Perdana Menteri berkata jawatan dalam parti adalah sesuatu yang terpisah daripada jawatan dalam kerajaan.
“Ini kerana kes NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) mencetuskan pertikaian jawatan beliau sebagai menteri dalam kerajaan,” katanya.
Perdana Menteri juga menyarankan supaya anggota-anggota parti terutamanya Wanita Umno terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Shahrizat selaku ketua pergerakan itu.
“Beliau telah memberi komitmen untuk memimpin Wanita dan menjadikan pergerakan Wanita sebagai jentera yang penting dalam pilihan raya,” katanya.
Ketika ditanya mengenai pengganti Shahrizat dalam jawatan Kabinet itu, Perdana Menteri berkata perkara itu akan ditentukan kemudian kerana tempoh Shahrizat sebagai menteri Kabinet masih berbaki beberapa minggu lagi. – BERNAMA








Tag : Politik
0 Komentar untuk "Shahrizat Abdul Jalil - Letak Jawatan"
Back To Top