This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Ali Baba dan 40 Penyamun

Ali Baba dan 40 Penyamun merupakan sebuah cerita yang diadaptasi dari koleksi 1001 malam. Apa yang menarik, P Ramlee telah mengolah semula cerita tersebut mengikut keperluan dan kehidupan. P Ramlee telah berjaya merungkaikan permasalahan yang wujud dalam masyarakat dan diselitkan melalui cerita tersebut. Keruntuhan nilai-nilai kemasyarakatan, dan moral yang berlaku dalammasyarakt pada hari ini cuba disampaikan melalui cerita tersebut.

Begitu mendalamnya pemikiran seniman agong ini menyampaikan mesej yang begitu bermakna kepada mereka yang ingin memahami. Antara babak yang boleh diungkaikan mesejnya yang tersurat dan tersurat adalah ketika Ali hendak meminjam gandum dari abangnya Kasim Baba, dimana abangnya membuat catatan dan persetujuan – pentingnya catatan dan persetujuan itu adalah sebagai rekod perjanjian yang sah untuk digunakan kemudian hari.

Kasim Baba yang kaya juga ada surat pajak, ini bermakna bahawa orang yang kelihatan mewah dan kaya juga ada hutang seperti mana pepatah melayu, Semakin Besar Periuk, Semakin Banyak Keraknya.

Satu lagi babak yang penuh dengan mesej adalah adegan di Pasar, dimana perbuatan salah dan bertentangan dengan fitrah dihalalkan dan dibenarkan. Ini berlaku bilamana pemerintah yang memerintah adalah korup.

Banyak lagi adegan dan babak dalam cerita berkenaan yang sarat dengan mesej yang perlu difahami. Oleh itu, berpatutan P Ramlee dianugerahkan sebagai seniman agong sepanjang zaman. Filem-filem dan cerita karyanya penuh dengan mesej yang tersirat dan tersurat. Terpulang kepada kita untuk menterjemah karya beliau.

Tag : Politik
0 Komentar untuk "Ali Baba dan 40 Penyamun"
Back To Top