This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

SARA 1 Malaysia

Tinjauan

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

(Klik disini untuk borang)

 

Ciri-ciri Istimewa Skim

  • Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
  • Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
  • ·Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Ciri Pinjaman

  • Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
  • Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
  • Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:

Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;

Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;

Peserta didapati muflis; atau

Peserta meninggal dunia.

KELAYAKAN

Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun

Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000

Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman

Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank

Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:

  • Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
  • ASB Sejahtera; dan
  • ASW 2020 Bandar

Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000

Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah

Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:

  • Bumiputera - 50%;
  • Cina - 30%;
  • India - 15%; dan
  • Lain-lain - 5%

Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman

Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:

Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan

Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.

Dokumen Utama

  • Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
  • Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
  • Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
  • Borang Jualan Balik ASNB 31
  • Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
  • Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)

Dokumen Sokongan

  • Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
  • Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
  • Dokumen Pengesahan Pendapatan
    • Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
    • Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.

    * BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI - sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen

Tag : Ekonomi, Iklan
0 Komentar untuk "SARA 1 Malaysia"
Back To Top