Kita disarankan untuk mengamalkan kesederhanaan dalam hidup (wasatiah). Apa jua pekerjaan yang kita lakukan, tidak kiralah sama ada pekerjaan duniawi ataupun ukhrawi mestilah sederhana iaitu diseimbangkan antara keduanya. Begitulah kehidupan yang seperti disarankan dalam Islam. Islam menggalakkan ummatnya hidup dalam kesederhanaan kerana kesederhanaan akan membuatkan kita terlepas dari beberapa akibat yang buruk.
Sekiranya kehidupan kita terlalu dhaif iaitu lemah tidak kiralah samaada terlalu miskin, terlalu hina ataupun sebaliknya ia boleh mengundang kepada kekufuran. Syaitan dan iblis akan mudah mempengaruhi kehidupan seseorang yang terlalu dhaif dengan pelbagai janji-janji yang akan menjerumuskan kita kearah kebinasaan dan kerugian.
Begitulah juga dengan kehidupan yang terlampau, samada terlalu mewah, ataupun taksub. Ianya akan menimbulkan perasaan ta’jub iaitu bermegah dengan apa sebenanrnya bukannya milik kita dan akhirnya akan menjerumuskan ke arah kebinasaan.
Apakah Saraan Baru Perkhidmatan Awam itu menitik beratkan kesederhanaan dalam pelaksanaan dan perancangannya. Bukannya apa, selalunya perkhidmatan awam mengambil kira konsep rate for the job. Kerana itulah yang akan merosakkan kualiti dan akhirnya menjerumuskan penjawat awam kearah penurunan mutu kerja, sama ada disiplin dan sebagainya. Ada yang mengambil jalan pintas untuk menyamai apa yang diperolehi oleh kumpulan pengurusan tinggi.
Perbezaan pendapatan dan juga pelbagai kemudahan yang diberikan kepada pengurusan membuatkan kumpulan bawahan ini merasa bahawa kebajikan mereka tidak dipedulikan sedangkan kos untuk menampung kehidupan tetap sama biarapun mereka dari kumpulan pengurusan ataupun kumpulan bawahan. Atas sebab yang dinyatakan adalah wajar jurang perbezaan dapat dikurangkan ianya sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dibandar dan juga di desa serta kawasan yang terpinggir jauh dipedalaman.
0 Komentar untuk "Sederhana…"