This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Deklarasi Perhimpunan Sejuta Ummat.

Pertama: Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.
Kedua: Kerajaan yang memerintah baik di peringkat Pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
Ketiga: Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam Perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.
Keempat: Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kelima: Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami mengesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.
Keenam: Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.
Ketujuh: Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.
Kelapan: Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman Islam yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.
Kesembilan: Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada.
Kesepuluh: Menyeru umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyonsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.
Dalam menjayakan deklarasi yang telah dicapai ini, Kerajaan/ Pemerintah (Goverment of the day) hendaklah memainkan peranan yang penting sebagai pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk melaksanakan dan menjalankan tuntutan deklarasi. Sebagai contoh pihak bertanggungjawab hendaklah menguatkuasakan etika cara berpakaian sepertimana yang dilakukan oleh negara barat dalam isu pengharaman pemakaian tudung dan purdah. Satu ketetapan undang-undang berpakaian hendaklah ditetapkan dan dilaksanakan mengikut cara dan adab berpakaian menepati syariah Islamiah.
Pemerintah juga disarankan untuk merujuk majlis fatwa kebangsaan dalam menggubal sesuatu perundukan undang-undang yang mana majlis fatwa kebangsaan  hendaklah didahulukan dan setiap saranan dan nasihat majlis fatwa kebangsaan tidak boleh disanggah atau dibahas dan hendaklah digunapakai.
Kadangkala dalam membuat sesuatu keputusan mungkin ianya nampak seperti cara Islam tetapi telah dipesongkan secara halus oleh jarum-jarum yahudi yang sememangnya berniat untuk menghancurkan Islam. Sebagai contoh dalam kempen
BETULKAH PEROKOK JUGA ADA HAK?
Ya ! Hak Untuk Mengetahui Hakikat Sebenar Di Sebalik Harga Sebatang Rokok .
Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan :
24 sen untuk cukai hasil tembakau
14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
5 sen untuk peruncit
1 sen untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
1 sen untuk dinikmati penanam/pengawit rokok
Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen !Setiap rokok yang dihisap , anda sebenarnya MENGHADIAHKAN diri dengan :
20 kali lebih risiko kanser paru-paru
10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
4 kali lebih ancaman serangan jantung
2 kali lebih risiko serangan strok
50% risiko kematian akibat tabiat merokok
Paling utama , anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda .
BERHENTI SEBELUM TERLAMBATinfo ini dibawakan khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
sebenarnya dalam kempen ini Yahudi atau musuh Islam telah memasukkan satu jarumnya yang halus tanpa kita sedari. Adakah pemerintah sedar akan hakikat yang tersurat ini. Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan dirujuk sebelum Iklan Kempen diluluskan.
Dan jika itulah persoalannya? Maka pihak terbabit akan menjawab, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa dalam perkara ini. Tanpa kita sedari, hakikatnya “50% risiko kematian akibat tabiat merokok” adalah jarum halus musuh Islam untuk memerangi sekaligus menghapuskan Islam.
Sebagai seorang yang beragama Islam. Kita semua tahu ajal, maut jodoh dan pertemuan ditangan ALLAH. Apakah kaitannya dengan rokok. Rokok mungkin penyebab kepada penyakit atau sakit bukannya membawa maut atau kematian. Kematian hanya boleh berlaku sekiranya telah sampai ajal kita. Tidak akan dicepatkan atau dilewatkan walau sedetik, sesaat. Oleh itu sekiranya telah tiba waktu ajal kita, kita akan mati juga bukannya diakibatkan oleh rokok. Perlu dijelaskan disini ayat atau pernyataan berkenaan dibuang dari iklan kempen.
0 Komentar untuk "Deklarasi Perhimpunan Sejuta Ummat."
Back To Top