This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Anak Haram..

Tajuk yang akan aku kupas hari ini bunyinya amat keras. Anak Haram? Persoalannya disini, mengapakah kita melabelkan mereka ini sebagai anak haram. Haramkah mereka? Tapi sebelum itu, mari kita kupas satu persatu seperti kita mengupas kulit bawang untuk mengetahui siapakah sebenarnya yang harus dipertanggungjawab keatas kelahiran insan tidak berdosa dan dilabelkan sebagai anak haram.

Haramkah mereka ini? Tidak mereka ini tidak haram, yang haram adalah hubungan diantara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah disisi syarak. Mereka inilah yang telah mengadakan hubungan haram sehingga melahirkan seorang bayi yang tidak berdosa yang dilabel sebagai anak haram.

Lahirnya bayi kedunia ibarat sehelai kain putih, terpulanglah kepada ibu atau bapa untuk mencorakannya. Jika bersih coraknya, baiklah anak itu begitulah sebaliknya. Itulah ungkapan yang perlu kita fahami kerana mereka itu tidak berdosa dan bersalah namun kerana perbuatan ibu dan bapanya mereka dipersalahkan. Adakah dunia ini sudah tidak berfungsi mengikut turutannya.

Anak Haram atau sebaiknya dinamakan sebagai anak yang tidak sah tarafnya kerana, hubungan lelaki dan perempuan sehinggakan lahirnya ia tidak sah. Anak ini tidak boleh sesekali dibinkan dengan nama bapa kandungnya dan boleh dibinkan dengan nama-nama Allah, selalunya Abdullah kerana mereka adalah hamba allah. Anak-anak ini tidak boleh ada nasab dengan bapanya dan boleh berkahwin dengan bapanya sekiranya telah besar. Namun hubungan nasabnya dengan ibunya tidak terputus. Ingatlah bahawa batal wuduknya jika seorang anak yang tidak sah tarafnya bersentuh dengan bapa kandungnya.

Kerana perbuatan sumbang ibu dan bapanya itu sehingga lahirnya seorang anak yang tidak sah taraf dan dibela oleh mereka setelah mereka berkahwin. Anak itu dan bapanya bukanlah muhrim, sehubungan itu ramai yang mengangap dan bersikap sambil lewa dalam perkara ini dan terus-terusan melakukan dosa tanpa disedar hanya kerana sekadar untuk menutup kesalahan dan kemaluan yang telah dilakukan.

Anak ini tidak berdosa, yang berdosa adalah pasangan yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Maka dengan itu saya menyeru kepada semua yang sudi singgah dan membaca artikal ini agar tidak memandag serong kepada anak yang dilahirkan dalam situasi ini. Anak ini tidak bersalah malahan tidak pernah meminta untuk dilahirkan begini, namun segalahnya telah berlaku dan terpaksa tabah merempuhi dugaan Allah.

Sebagai masyarakat yang berilmu, kita seharusnya menerima kehadiran mereka ini sepertimana individu yanglain didunia ini. Mereka juga adalah Hamba Allah… sama seperti kita jua.

Tag : Islam
0 Komentar untuk "Anak Haram.."
Back To Top