Salam semua, memandangkan hari ini adalah hari Jumaat; maka dikesempatan ini aku telah menunaikan Solat Fardhu Jumaat di sebuah Surau Jumaat terletak dalam Malaysia. Walaupun hanya bergelar Surau namun, kemudahan yang disediakan melebih masjid-masjid yang ada di kampung-kampung yang biasa aku lihat… Apa tidaknya dilengkapi dengan penyaman udara, layar untuk skrin LCD dan juga TV LCD…
Alhamdulillah syukur kerana sebuah Surau memiliki kemudahan mengalahkan sebuah masjid… Itu bukannya isu yang ingin aku luahkan namun… terkilan kerana imamnya melaksanakan solat sunat hajat sempena peperiksaan sekolah yang bakal ditempuhi tak lama lagi tanpa menyudahkan do’a terlebih dahulu… Bukannya semua makmum ingin melaksanakan solat sunat; sepatutnya Imam kenalah menyudahkan solat Jumaat dan berdoa terlebih dahulu kemudian diikuti dengan solat Sunat Hajat berkenaan… Semoga pihak bertanggungjawab mengambil berat akan hal ini.
Lagi satu perkara yang biasa kita lihat tak kiralah di masjid ataupun surau ataupun mana-mana tempat yang disediakan untuk ummat Islam menunaikan Solat, mungkin kita menganggapnya sebagai suatu perkara biasa sebab kita dah terbiasa dengan perkara ini… Kita semua tahu bahawa dilarang sama sekali melintasi Muslim/Muslimah yang sedang menunaikan solat tidak kira apa solatnya walaupun dibatasi dengan dinding sebagai hijab/ pemisah… Yang menjadi masalahnya mereka ini suka menunaikan solat sunat dibelakang.. walhal pada ketika itu ramai lagi yang lain sedang lalu-lalang dihadapan mereka untuk mengambil tempat dan keluar dari tempat berkenaan. Siapa yang harus dipersalahkan…
Sepatutnya mereka ini yang ingin menunaikan solat sunat mengambil ruang di bahagian hadapan tempat berkenaan supaya tiada individu yang melintasi mereka sewaktu mereka melaksanakan solat… Takkan kerana hanya segelintir mereka menunaikan solat sunat individu lain terpaksa menunggu mereka sehingga mereka menyudahkan solat sunat sebelum keluar dari kawasan berkenaan… Mereka yang lain juga mempunyai tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan terhadap Negara, Bangsa dan Agama..
Semoga dengan paparan ini, akan membuatkan mereka peka akan situasi dan masalah yang dihadapi dan mengambil inisiatif yang betul dan tidak menggangu individu lain…
0 Komentar untuk "Solat…"